Thursday, February 12, 2015

Menjengah WSPR Digital Mode...

Kali ini explore satu lagi digital mode iaitu WSPR. Untuk 10m band, WSPR boleh dimonitor di frq 28.124.60 MHz. Mode diperkenalkan kepada saya oleh Rasfan 9W2RFN melalui beberapa posting beliau di FB menyebabkan saya tertarik untuk menjengah WSPR ini. Difahamkan selain beliau, WSPR ini telah dibelek-belek oleh Hamid 9M2TPT sekitar 2012 lagi....

Dipetik dari Wikipedia...
WSPR (pronounced "whisper") stands for "Weak Signal Propagation Reporter". It is a computer program used for weak-signal radio communication between amateur radio operators. The program was initially written by Joe Taylor, K1JT, but is now open source and is developed by a small team. The program is designed for sending and receiving low-power transmissions to test propagation paths on the MF and HF bands.

Maklumat lanjut WSPR di sini http://wsprnet.org/drupal/wsprnet/map. Untuk software, sila download WSPR 2.0 di web berkenaan.

9 Februari 2015 menjadi titik tolak permulaan penglibatan saya dalam WSPR ini. Setelah selesai install dan mendapatkan info untuk setting daripada Rasfan 9W2RFN, WSPR 2.0 bekerja dengan baik. Signal WSPR pertama yang dapat decode adalah dari JH6LAV.

Boleh dikatakan, WSPR ini berfungsi seperti beacon. Secara tidak langsung, data rx/tx daripada stesen DX dapat menunjukkan propagasi pada masa itu (real time).

Terima kasih kepada Rasfan 9W2RFN dan Mohd Hamid 9M2TPT atas info dan input berkaitan digital mode WSPR ini.

9W2VVH in  WSPR Map