Amateur Radio Station : 9W2VVH (EX-9W6VH)

"Persaudaraan Melalui Udara" "Freindship Thru The Air"

Tuesday, February 09, 2010

10M QSO : 9 FEB 2010 :)

Salam. Jarang sekali dapat QSO dengan local stn dengan sejumlah 7 stn pada satu petang... Sebelum ini, nilai SFI di bawah 80 dan SunSpot biasa 0 namum berjaya juga bekerja dengan beberapa stn. Walaubagaimana pun, pada petang tersebut, data menarik SFI 94 dan SunSpot 71 memberi petanda positif bahawa propagasi akan open dan ini lah yang nak kongsikan pengalaman QSO di 10m band - 28.490MHz pada petang 9.2.2010 seperti berikut :

Local Stn
1. 9W2VEB Rashad QTH : Kuala Trengganu 0657 UTC Sig 57
2. 9W2ZRZ Zanzuri QTH : Kangar 0658 UTC Sig 55
3. 9W2KNZ Rizal QTH : Kota, Rembau 0723 UTC Sig 31 QSB
4. 9W2DI Sharudin QTH : Gurun 0908 UTC Sig 59
5. 9W8ALF Alffa QTH : Kuching 0953 UTC Sig 55 QSB
6. 9M2GET Hairi QTH : Arau 0958 UTC Sig 58
7. 9W2TZ Hanafi QTH : Arau 1031 UTC Sig 58

DX Stn
1. HS0ZIQ John QTH : Phuket Is. Thailand 0728 UTC Sig. 55

Beacon
1. VK5WI/B 28.260MHz Sig. 319

Stn lain yang kedengaran di 28,490MHz ...
1. 9W2KGV Awie
2. 9W2OZA Amir
3. 9M2NDO Sugeng

Beberapa fakta menarik semasa QSO
1. Propagasi open. Buktinya 9W2DI bekerja hanya QRP 5W dan saya dapat cpy 59!
2. 9W2VEB hanya menggunakan homebrew 5/8 Vertical semasa QSO dan sig. 57
3. Dapat QSO panjang bersama 9W2VEB iaitu sekitar 30 minit dan bersama 9W2DI sekitar 15 minit dengan audio dan signal yang stabil.
4. Kali pertama dapat establish contact dengan 9W2KNZ walaupun saya hanya terima sig 31 setelah beberapa kali percubaan...
5. Ketika antena yagi 3 ele mengarah ke timur QSO dengan 9W8ALF, saya masih dapat QSO dengan 9M2GET di utara dengan sig 58!
6. Begitu juga ketika saya sedang QSO dengan 9W2VEB, yagi mengarah ke timur namun saya dapat respond panggilan daripada HS0ZIQ dengan sig 58!

:) jumpa lagi. 73 de 9W2VVH

Wednesday, January 27, 2010

Imej SSTV dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)


Ini adalah kali pertama saya berjaya merakamkan imej SSTV dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) - NA1ISS ketika stesen tersebut melintasi ruang angkasa Laut China Selatan pada 27 Jan 2010 di frekuensi 145.800 MHZ antara 1114 UTC - 1120 UTC/7.14 pm - 7.20 pm MST.

Saya menggunakan Transciever jenama Icom IC-2200, Antena Diamond F-23 dan software MSSTV untuk menerima dan decode signal SSTV dari Stesen ISS tersebut.

Saya berjaya merakamkan tiga imej mengikut urutan dari atas ke bawah :
Imej 1 pada jam 1114 UTC, 41 + QRM
Imej 2 pada jam 11.17 UTC,  45 + QRM
Imej 3 pada 1120 UTC, 31 + QRM

Terima kasih kepada Rizal 9W2RZL atas info yang anda berikan kepada saya berkenaan signal SSTV dari ISS.

















===========================
Imej terkini ;

Imej 4 pada 1251 UTC 45 + QRM

Signal imej tersebut berjaya diterima dan di decode ketika ISS melalui ruang angkasa Lautan Hindi berhampiran Pulau Sumatera.


73 de 9W2VVH

Friday, January 22, 2010

Notis Peperiksaan Radio Amatur dan Ujian Kod Morse (CW) Siri Pertama 2010

Pihak SKMM telah mengeluarkan notis pada 21 Jan. 2010 seperti berikut :

Notis Pemberitahuan RAE dan Ujian Kod Morse (CW) di sini
Borang Permohonan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) di sini
Borang Permohonan Ujian Kod Morse (CW) di sini

Thursday, January 14, 2010

Artikel Radio Amatur di Majalah Sekolah

Tulisan saya diterbitkan dalam Majalah Tinta Harapan Edisi 39 - SMK Sungai Besar 2009.

Wednesday, January 06, 2010

Di sini bermula minatku...


14-16 Oktober 1994 tarikh bersejarah kepada diri penulis kerana pada tarikh itulah pertama kali penulis mengenali RADIO AMATUR. Penulis ketika itu adalah ahli Pengakap Kelanasiswa UPM Serdang yang menjadi urusetia Program Jamboree On The Air (JOTA) Ke-39 di Kem Pengakap Sardon Jubir, Balakong (Kini tinggal dalam lipatan sejarah...).

Lebih bertuah lagi apabila dapat mengenali Station Master JOTA tersebut iaitu Pak Dollah 9M2DS(Arwah - al-Fatihah). Daripada Pak Dollah penulis mendapat banyak input berkenaan radio amatur ini. Oleh itu peluang semasa bertugas tersebut penulis gunakan untuk mencuba dan merasai sendiri menggunakan peralatan Radio HF untuk berkomunikasi dengan pengakap lain. Ketika itu, penulis dapat berhubung dengan pengakap dari Pulau Pinang di 40M band. Memang pengalaman yang menyeronokkan.


Thursday, December 03, 2009

JOTA QSL CARD

Setakat ini Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar 9M4SJB telah menerima dua QSL Card JOTA sempena JOTA Pengakap Dunia Ke-52/52nd World Scout JOTA yang berlangsung pada 17 - 18 Oktober 2009 lalu iaitu dari 9M4SJZ - Stesen JOTA Ibu Pejabat PPM dan 9M2MM - Stesen Amatur dari Parit Buntar, Perak.




Tuesday, November 10, 2009

Wow... lagi berita JOTA Pengakap Dunia dalam Akhbar Sinar Harian



Keratan Akhbar Sinar Harian
Sekolah@selangor&KL
10 Nov. 2009
MS S29

Thursday, November 05, 2009

Lagi Berita Word Scout JOTA 9M4SJB di Sinar Harian @ Selangor & KL



Sinar Harian @ Selangor & KL
3 November 2009 MS S28











Monday, November 02, 2009

JOTA Pengakap Dunia Ke-52 - Keratan Akhbar Sinar Harian




Keratan Akhbar Sinar@Sabak Bernam 31 Okt. 2009 ms 21.

Wednesday, October 28, 2009

Rakaman Video JOTA 9M4SJB 2009 by 9M2IBR

PART 1


PART 2


PART 3


PART 4


Terima kasih Ibrahim 9M2IBR kerana merakamkan aktiviti JOTA kali ini. 73

Monday, October 19, 2009

JOTA PENGAKAP DUNIA KE-52

Sungai Besar - PPM Daerah Sungai Besar telah menyertai Jota Pengakap Dunia Ke-52/52nd World Scout JOTA pada 17 - 18 Oktober 2009 bertempat di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Seramai 60 orang ahli pengakap dan unit-unit beruniform lain dari sekolah tersebut menyertai JOTA kali ini. Turut hadir 10 orang pengakap kelanasiswa dari Politeknik Sultan Azlan Syah, Tanjung Malim. Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar ini menggunakan special event callsign 9M4SJB. En. Ibrahim Kadri 9M2IBR bertindak sebagai Station Master dan Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH sebagai Station Manager

Pada sebelah petang 16 Oktober, Peralatan radio amatur dipasang dan dibuat uji pancar. Stesen pertama yang berjaya dihubungi adalah stesen JOTA dari Pulau Batam iaitu YF5ZZE. Perasmian JOTA pada 17 Oktober 2009 telah disempurnakan oleh En. Mohd Zaini Taha, Exco Majlis Belia Negeri Selangor. Beliau menyatakan sokongan dan keyakinan terhadap aktiviti radio amatur seperti JOTA ini dalam membentuk disiplin para remaja, malah beliau bercadang untuk mengetengahkan aktiviti radio amatur dalam program belia di masa  akan datang. Beliau juga sempat melakukan komunikasi dengan satu stesen radio amatur di Parit Buntar iaitu Khalid 9M2MM.

Turut hadir ke stesen JOTA tersebut ialah YDP Majlis Pengakap Daerah Sungai Besar iaitu YB Pn Noriah Kasnon, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia sempena Majlis Aidil Fitri PPM Daerah Sungai Besar yang diadakan pada sebelah malam 17 Oktober 2009 itu. Dalam ucapannya, beliau sentiasa memberi sokongan terhadap program-program yang dijalankan oleh PPM Daerah Sungai Besar.YB Noriah juga dapat berkomunikasi dengan YF2ZJH, stesen JOTA dari Pekalongan,Indonesia.

Majlis penutup pula dirasmikan oleh En. Abdul Hamid b Hassan, Pengetua SMK Dato' Mustaffa. Beliau yang juga ahli Majlis PPM Daerah Sungai Besar berbesar hati kerana menjadikan sekolah berliau sebagai lokasi JOTA kali ini dan berbangga dengan para peserta yang mengikuti program ini kerana di Selangor hanya di Sungai Besar sahaja yang membuka stesen JOTA. Beliau turut berjaya melakukan perhubungan radio dengan YC5ZJE, Stesen JOTA dari Paya Kumbuh, Indonesia.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti JOTA ini terutama kepada pihak SMK Dato' Mustaffa, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, ADC, pemimpin dan ahli pengakap serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam aktiviti JOTA ini.

Antara rakan radio amatur yang hadir 9M2IBR, 9W2TZE, 9W2APH, 9W2MJD, 9W2VND, 9W2VNS, 9W2NTO, 9W2VRR, 9W2FZV, 9W2KGV, 9W2VVQ, 9W2VJN, 9W2SBK.

Senarai Stesen yang berjaya dihubungi :

Stesen JOTA Malaysia (HF Band)
1. 9M4SJU - Batu Pahat, Johor
2. 9M$SJZ - Ibu Pejabat PPM, Kuala Lumpur
3. 9M4SJO - Taiping, Perak
4. 9M4SJQ - Kota Samarahan, Sarawak
5. 9M4CHE - Pulau Pinang
6. 9M4CJS - Johor Bahru, Johor
7. 9M8RC - Kuching, Sarawak

Stesen JOTA International (HF Band)
1. YF5ZZE - Batam, Indonesia
2. YB5ZZZ - Pekanbaru, Indonesia
3. YC5ZJH - Solo, Indonesia
4. YF2ZJH - Pekalongan, Indonesia
5. YB1ZZS - Bandung, Indonesia
6. YC5ZKZ - Padang, Indonesia
7. YB5ZYR - Riau, Indonesia
8. BW0S -Taiwan
9. VR2HKS - Hong Kong
10. 9V1SJ - Singapura

Stesen Radio Amatur (HF Band)
1. 9M2MM
2. 9M2AR (CW Mode)
3. V88AHV - Brunei
4. VU2VID - India
5. A52FJJ - Bhutan
6. DV9XO - Filiphina

Stesen Radio Amatur (2m Band)
1. 9M4SJO (Stn JOTA Taiping)
2. 9W2DMA
3. 9W2BPT
4. 9W2VVO
5. 9W2SLK
6. 9W2JTJ
7. 9W2FZV
8. 9W2APH

9W2VVH-L Gateway Echolink (JOTA Stn)
1. HE8S - WOSM HQ Geneva via HB9S
2. A47OS - Oman JStn via A41NC
3. ZS6SCT - South Africa
4. PE1OJR - Brazil via PF7DKW-L
5. GB0RSC - Great Britain via GW7VJK
6. GB2GCS - Great Britain
7. VK2IAU - Australia
8. VK2FMYL - Austarlia
9. CR5SME - Portugal via CR5HFJ
9. 9M4SJQ - Kota Samarahan Sarawak via 9W8WAT

9W2VVH-L Gateway Echolink (Radio Amatur)
1. 9W2TZE
2. 9W2VVH


Laporan oleh :
Hussairy 9W2VVH
9M4SJB Station Manager

Tuesday, October 13, 2009

9W2BJS Masuk 'jerat'... :)













Dari Kiri : 9W2VVH, 9W2BJS & 9W2VND
Lokasi : Medan Selera Tonggak 10 Sungai Besar

Hi Hi Hi... akhirnya dapat juga eyaball dengan Basri 9W2BJS apabila 'jerat' yang dipasang 'mengena'! Sekitar  jam 5.30 petang, kedengaran 9W2BJS (juga dikenali dengan tag line beliau sebagai Budak Jawa Selangor) membuat panggilan di V24 local Sungai Besar. Ketika itu saya sedang monitor dan terus respond panggilan beliau... setelah QSO beberapa over, diputuskan untuk eyeball di Tonggak 10. Turut sama eyeball ialah Din 9W2VND.



Monday, October 12, 2009

MAJLIS BARAAN LOKALAN V24 SUNGAI BESAR



BELAKANG 9W2VVH,9W2SBK, SWAL RAMLI ,9W2VZD , 9W2APH, 9W2FRU, 9W2NTO
DEPAN 9W2ODC, 9W2RND, 9W2VRR, 9W2MJD , 9W2VND , 9W2ALZ




MAJLIS BARAAN YANG DIRANCANG SECARA AD-HOC MENJADI KENYATAAN DIJALUR APBILA RAKAN- RAKAN BERKESUDIAN UNTUK MENGIKUTI KONVOI RAYA KALI INI

PALING TIDAK DISANGKA DAPAT MENGUMPULKAN RAKAN-RAKAN BUKAN SAJA DARI LOKALAN TETAPI JUGA RAKAN-RAKAN YANG LAIN TERMASUK 9W2FRU-SHAMSUL

BARAAN BERMULA JAM 7.00 PTG BERMULA DARI RUMAH
1. 9W2APH-CIKGU PAUZI
2. 9W2VRR-AJIR
3. 9W2VND- NAS
4. 9W2MJD- MAJID
5. 9W2VZD- MAZAID
6. 9W2VND-DIN
7. 9W2SBK-CIKGU SAIPUL
8. 9W2AFZ-CIKGU HAFIZAH
9. SWAL - CIKGU RAMLI
10. 9W2VVH-CIKGU KHUSAIRY/9W2VVQ-
11. 9W2ALZ-RAZALI
12.9W2ODC-BAI
13. 9W2ZMC-ZAINAL
Turut serta Baraan Raya
1. 9W2NTO - SUGENG
2. 9W2RND- CIKGU RANI

DAPAT MENGHABISKAN 13 BUAH RUMAH SEHINGGA JAM 3.40 PAGI

Sumber : Blog 9W2APH

Monday, September 28, 2009

9W2RZL... akhirnya dapat juga QSO!



Akhirnya dapat juga QSO dengan Rizal 9W2RZL pada 2 September 2009 lalu di QRG 28.490 Mhz RST 4/5. QSL Card tersebut saya terima pada 18 September lalu.

Sebenarnya, sejak saya mula aktif di 10m Band sekitar awal 2008, beberapa kali percubaan untuk QSO dengan 9W2RZL telah dilakukan tetapi tidak berjaya.
Rizal 9W2RZL merupakan antara pelopor di 10m band ini dalam kalangan pemegang AA Kelas B (9W). Beliau aktif membuat panggilan CQ DX terutama di frekuansi 28.490Mhz. Setakat ini, beliau telah bekerja dengan 45 DXCC. Lihat  http://www.9w2rzl.blogspot.com/

Bagi diri saya, pengalaman pertama QSO di 10M semasa WPX Contest 2008. Tambah menyeronokkan apabila saya dan dapat bekerja 6 stesen. Setakat ini saya sudah bekerja dengan 15 DXCC.

Adalah menjadi harapan saya agar lebih ramai rakan radio amatur di Malaysia ini bergiat di 10m band untuk merasai sendiri QSO dan DXing.

Jumpa anda di 10m band..... 73


Tuesday, September 15, 2009

Poskad KD Tunku Abdul Rahman


Poskad ini saya terima daripada Charlie Dale, salah seorang ahli Postcrossing di Kota Kinabalu, Sabah. Patutlah sebelum ini Charlie Dale beriya benar minta alamat terkini saya, rupa-rupanya dia nak hantar poskad kapal selam Malaysia pertama yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman. Poskad tersebut selamat saya terima pada 11 September lalu. Jadi, poskad ini tentunya menjadi koleksi yang istimewa kerana ia adalah keluaran khas dan bilangan kad yang terhad.

Maklumat lanjut tentang Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman ini boleh didapati di:
Portal Kementerian Pertahanan Malysia
Wikipedia Bahasa Melayu
Kongsiblog.org

Blog postrossing saya di www.whoshypostcrossing.blogspot.com

Thursday, September 03, 2009

Sekitar Majlis Berbuka Puasa KLKM UPM 2009


Alhamdulillah, saya dan famili berkesempatan hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Putra Malaysia (KLKM UPM) pada 30 Ogos 2009 lalu. Walaupun yang hadir seramai 25 orang, namun suasana majlis tetap ceria lebih-lebih lagi dengan kehadiran Otai @ Alumni KLKM UPM antaranya...

Hussairy 1994-1997 bersama keluarga
Azman 1997-2001 bersama keluarga
Hafiz @ Gundal 2001-2004
Syafiq 2002-2005
Khairul Nizam 2003-2007
Fazli 2004-2007
Asril 2004-2007
Nizam 2004-2007
Rozilee 2005-2009

Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi tahun depan dengan kehadiran lebih ramai lagi ahli dan alumni KLKM UPM...

"Kelanasisawa Peneroka Perubahan"



Tuesday, September 01, 2009

KOLEKSI QSL CARD 10M Terkini...



Ini adalah QSL Card terkini yang saya terima dalam Koleksi QSL Card 10M Band. Terima kasih Alias 9M2YAS (Ex-9W2YEH) di atas kiriman QSL Card anda. Saya terima pada 29 Ogos lalu.

Pada hari tersebut 10M Open untuk local QSO. Berikut senarai stesen yang dapat dihubungi/QSO :

1. 9W2LI : Signal 59, Freq 28.495 SSB, 14 JAN 2009 : 0937 UTC
2. 9W2YEH (Now 9M2YAS) : Signal 59, Freq 28.490 SSB, 14 JAN 2009 : 0920 UTC
3. 9W2DI : Signal 59, Freq 28.495 SSB, 14 JAN 2009 : 0905 UTC
4. 9W2AIK : Signal 45, Freq 28.505 SSB, 14 JAN 2009 : 0830 UTC
5. 9W2TZ : Signal 59, Freq 28.505 SSB, 14 JAN 2009 : 0817 UTC
6. 9W6SUE (Now 9M6BOB): Signal 58, Freq 28.490 SSB, 14 JAN 2009 : 0816 UTC


Koleksi QSL Card yang lain di web blog berikut : http://qslcard9w2vvh.blogspot.com/

Saturday, August 29, 2009

Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UPM


KLKM UPM

Salam. Saya terima sms daripada Hafiz@gundal 012-6348859

Alumni KLKM UPM Info:

Salam. Jemputan Ke Majlis Berbuka Puasa KLKM UPM

Tempat : Pusat Pelajar UPM
Tarikh : 30 Ogos 2009
Masa : 6.30 Petang

P/S: Kepada Alumni KLKM UPM.... Jom kita berbuka puasa bersama-sama... lagi pun dah lama kita tak jumpa... :)

Hussairy KLKM UPM 94-97

Yahoo Group KLKM UPM
http://groups.yahoo.com/group/Alumni_KLKM_UPM/

Friday, August 21, 2009

Tercipta sejarah di Rumah Api Tg Tuan....9M4LHN


Saya bersama XYL, Azura 9w2VVQ dan harmonics di Rumah Api Tanjung Tuan


Bersama Muslim 9W2LIM dan Cikgu Nasir 9W2WKT di Puncak Menara Rumah Api Tg. Tuan


Saya (T-Shirt Kuning) pun ada di sana... bersama XYL Azura 9W2VVQ, harmonics dan rakan2 ham di Stesen 9M4LHN

16 Ogos 2009 - Port Dickson. Tak disangka, singgah di Rumah Api Tg Tuan sempena program MLLW 2009 semasa dalam perjalanan balik dari Tampin ke Putrajaya telah mencipta sejarah.

Pertama, Sejarah eyeball dengan Muslim 9W2LIM - setelah hampir 5 tahun QSO - bertemu di sini. Muslim adalah antara stesen terawal yang saya QSO semasa baru berpindah ke Sungai Besar pada Julai 2004 dan ketika itu saya menggunakan callsign baru 9W2VVH (sebelum itu 9W6VH).

Kedua, bertemu cikgu Nasir 9W2WKT yang mengajar di SMS Tuanku Jaafar, Kuala Pilah ketika saya Tingkatan 1 1986, beliau mengajar tingkatan 4&5... jadi banyak memori lama terungap semasa sesi borak di puncak menara rumah api...

OK... Tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Jumpa lagi tahun depan.

Confirming Ur Report...VU2SWS



QSL card dari Sharma VU2SWS sebagai balasan
QSL Card "Comfirm Ur Report" yang saya hantar kepadanya


Sampul surat keluaran khas
"The International Mumbai YL Meet 2006"

Pada 22 Julai 2009 lalu, saya scanning 20M band (14.197 MHz). Saya telah monitor satu stesen dari India VU2SWS Op Sharma sedang CQ DX. Saya copy stesen tersebut 5/5 ketika bekerja dengan satu stesen dari Jepun, JH6EGU.

Saya telah mengirimkan satu QSL Card untuk "Confirm Ur Report" kepada VU2SWS. Saya terima balasan QSL Card dari VU2SWS pada 20 Ogos 2009 lalu.

Tnx Sharma VU2SWS for your QSL Card. Happy DXing. 73