Pada 18-19 Oktober 2014, gembira dan bangga dapat menjadi salah seorang operator di 9M4WSB dan menjadi sebahagian daripada catatan sejarah apabila stesen 9M4WSB - stesen JOTA World Scout Bureau KL Office beroperasi buat pertama kalinya di Malaysia sempena 57th World Scout Jamboree On The Air (JOTA) 2014. Di samping 9M4WSB, stesen HB9S di Geneva juga beroperasi pada JOTA tersebut.
Stesen JOTA 9M4WSB beroperasi di Banglo Melaka, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pegawai WOSM yang turut serta adalah Mr. Hany, Director of Youth Activities selain Tn Hj Zakran 9M2ZNM dan Rabin 9W2PD selaku tuan rumah.
Antara operator 9M4WSB seperti Hamid 9M2TPT, Piju 9M2PJU, Namie 9M2MDX, Kayrool 9M2OOO, DakYot 9M2YOT, Zul 9W2POK, Rizal 9W2KNZ, Eddie 9W2EDK, dan Weerut 9W2RUT
Mr Hany & Mr Zakran 9M2ZNM meninjau Stesen 9M4WSB sedang beroperasi... |
Sebahagian daripada Operator 9M4WSB 9M2MDX, 9M2PJU, 9W2RUT, 9W2PD, 9W2POX 9W2EDK, 9M2YOT, 9W2VVH |