6 Mac 2015 (Day 1 : Melaka - Bandar Enstek : 111km)

7 Mac 2015 (Day 2 : Bandar Enstek - Telok Panglima Garang : 45km)
Dari Bandar Enstek, Ringgo memulakan kayuhannya agak lambat juga, Didapati menjelang tengahari baru Ringgo berkayuh semula menuju ke Sepang dan menyelusuri jalan pantai laluan No. 5 melalui Sungai Pelek, Tanjong Sepat, Morib, Banting dan sampai di Telok Panglima Garang sekitar jam 7.00 petang dan bermalam di sana
8 Mac 2015 (Day 3 : Teluk Panglima Garang - Sungai Besar : 114km)
Pemerhatian di APRS, Ringgo kemudiaannya berkayuh menuju ke pekan Kelang. Sekitar jam 10.40 pagi, Ringgo dikesan berasa di Jeram dan menuju ke Kuala Selangor.
![]() |
Helmi 9W2VMH bersama Ringo BH4BPO |

Kira-kira jam 6.30 petang, Ringo tiba di Sungai Limau, tempat saya menunggu di tepi jalan dan dapat bersama-sama berkayuh dan berhenti rehat di Sungai Limau Resort sambil menunggu Romzi 9W2TZE sampai. Juga berkayuh. Di situ, dapat memperkenalkan isteri saya Azura 9W2VVQ bersama anak-anak saya yang sedang mandi kolam di resort tersebut. Sekitar jam 7.00 petang, kami (VVH, TZE & BPO) berkayuh menuju ke hotel penginapan Ringo di pekan Sungai Besar.
![]() |
Ham Cycling.... 9W2TZE, BH4BPO & 9W2VVH. |
![]() |
9W2TZE, 9W2VVH, BH4BPO & 9W2VLH. Cameraman: 9W2VVQ |
9 MAC 2015 (Day 4 : Sungai Besar - Kampar : 93km)
Sekitar jam 7.30 pagi, apabila tracking aprs, saya dapati Ringo berada di Bagan Sungai Besar. Selepas selesai urusan menghantar harmonic ke sekolah, saya menjejaki Ringo di sana dan nampak Ringo sedang menikmati sarapan paginya di sebuah restoren masakan cina. Saya tunggu sehingga Ringo selesai makan barulah saya keluar dari jalopy... dan dia agak terkejut bagaimana saya boleh mengesen kedudukannya... saya kata tentu dari APRS! Selepas itu, kami bersalaman dan saya mengucapkan selamat jalan.... Seterusnya sekitar 8.30 pagi, Ringo memulakan kayuhan hari ke-4, Ringo akan menuju ke Ipoh melalui Teluk Intan. Tapi katanya mungkin dia akan berhenti di Kampar.



Good Bye, Good Luck & Save Journey Ringo BH4BPO. 73 de Arie 9W2VVH
note: Ringo BH4BPO can track via this link :
http://aprs.fi/#!mt=roadmap&z=13&call=a%2FBH4BPO-5&timerange=3600&tail=3600
![]() |
9W2XKT, BH4BPO & 9W2EXB |
Seperti dijangka, Ringo sampai di Teluk Intan menjelang tengah hari. Di sana, dua orang rakam ham iaitu Amir 9W2XKT dan Rizal 9W2EXB menunggu Ringo di Dataran Menera Jam Teluk Intan. Sebenarnya Amir telah mengikuti perkembangan Ringo juga melalui aplikasi aprs.fi.
Kemudiaannya, Ringo meneruskan kayuhannya menuju ke Kampar melalui Sungai Manik, Langkap dan Air Kuning.
![]() |
Menariknya, semasa saya tracking aprs kedudukan Ringo, saya ternampak satu stesen Saiful 9W2HKR-5 berada sekitar bandar Kampar. Kemudiannya saya menghantar msg kepada Saiful menyatakan Ringo dalam perjalanan ke Kampar dan ketika itu, Ringo berada di Air Kuning. Saya mendapat msg daripada Ringo bahawa di terkandas di situ kerana hujan lebat dan tayar basikalnya pancit. Setelah hujan reda, Ringo meneruskan kayuhan ke Kampar.
![]() |
Perjalanan 4 hari Ringo BH4BPO dari Bandar Melaka ke Kampar |
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN RADIO AMATUR MALAYSIA yang memberikan satu pengalaman manis buat sahabat kita Ringo BH4BPO sepanjang beliau berkayuh di sini... saya akan kemas kini perjalanan beliau sehingga sampai ke Shanghai secara ringkas.
10 Mac 2015 (Day 5 : Kampar - Ipoh : 37km).
Melalui pemerhatian di aprs.fi, sehingga jam 9.00 pagi, didapati Ringo masih berada di Kampar. Sekitar jam 10 pagi baru kelihatan pergerakan Ringo di Pekan Kampar - mungkin mencari tempat bersarapan. Sekitar jam 12 tgh saya mendapat msg daripada Ringo mengatakan bahawa dia baru check out hotel dan membaiki brek dan tayar basikalnya sebelum meneruskan kayuhan ke Ipoh.
Sekitar jam 1.10petang, sekali lagi mendapat msg daripada Ringo bahawa di sedang menuju ke Hutan Lipur Gua Tempurung. 2.30 petang baru Ringo bergerak semula ke laluan utama menuju ke Ipoh. Menjelang 3.15 petang, beliau sudah melepasi pekan Gopeng. Ringo sampai di pusat bandar Ipoh pada jam 4.30 petang.
Pergerakan Ringo saya monitor di aprs.fi. Ketika Ringo berada di Jalan Sultan Azlan Shah, Saya dapati Azrul 9W2AEK-5 juga sedang berada di jalan yang sama lalu saya telefon dan memberi tahu Azrul bahawa Ringo berada di laluan yang sama. Akhirnya, Azrol 9W2AEK berjaya 'menangkap' Ringo BH4BPO di tepi jalan.
![]() |
Ringo BH4BPO & Azrol 9W2AEK |
Pergerakan Ringo saya monitor di aprs.fi. Ketika Ringo berada di Jalan Sultan Azlan Shah, Saya dapati Azrul 9W2AEK-5 juga sedang berada di jalan yang sama lalu saya telefon dan memberi tahu Azrul bahawa Ringo berada di laluan yang sama. Akhirnya, Azrol 9W2AEK berjaya 'menangkap' Ringo BH4BPO di tepi jalan.
![]() |
Web Worm Showers untuk komuniti Cyclist seluruh dunia |
Saya bertanya (whatapss) kepada Ringo apa perancangan kayuhannya untuk esok (11 Mac). Ringo mengatakan bahawa dia mensasarkan Taiping sebagai destinasi seterusnya. Saya mencadangkan Ringo menggunakan laluan No. 1 dari Ipoh ke Taiping melalui Kuala Kangsar.... dan Ringo bilang..."good idea".
11 Mac 2015 (Day 6 : Ipoh - Taiping : 85km)
Ringgo bergerak dari rumah kawannya Michael sekitar jam 9.00 pagi. Kemudian Ringo mengikut laluan A13 sebelum masuk ke laluan No. 1 di Chemor. Sekitar jam 11 pagi, Ringo didapati berada di pekan Sungai Siput dan terus menuju ke Kuala Kangsar.
Sebaik sampai di Kuala Kangsar sekitar jam 12.30 tengah hari, Shah 9M2SGN, Along 9W2AUK dan Danial 9W2DLC telah menunggu. Sambil beramah mesra, Ringo dihidangkan dengan air kelapa muda dan laksa Kuala Kangsar. Selepas itu, Ringo mengambil kesempatan meninjau sekitar Kuala Kangsar termasuk ke Masjid Ubaidiah.
![]() |
Ringo BH4BPO & Jamil 9W2VZO |

Sebelum itu, dari pemerhatian di aprs.fi, Ringo sempat 'night view' mengelilingi Taman Tasik Taiping dan kawasan sekitarnya. Ingatkan Ringo berkayuh tadi... rupa-rupanya Jamil yang bawa Ringo dengan jalopynya... hi hi
Sehingga sampai di Taiping, Ringo telah mencatatkan sejumlah 605 km kayuhan keseluruhan.

12 Mac 2015 (Day 7)
Taiping - Kuala Sepetang : 15km
Kali ini Ringo bergerak awal pagi dan berkayuh mengelilingi Tasik Taiping. Ringo bercadang untuk berada di Taiping pada hari ini. Pagi ini, Ringo berkayuh ke Kuala Sepetang. Sekitar jam 9.20 pagi, Ringo sampai di Kuala Sepetang. Sempat dia bergambar selfie dan pemandangan. Selepas itu menikmati sedikit sarapan. Mee Udang belum ada... Bagaimana pun, Ringo mengubah rancangan asalnya dengan mengambil keputusan meneruskan kayuhannya ke Butterworth.
Kuala Sepetang - Butterworth : 90km
Jam 10 pagi, Ringo memulakan kayuhan menuju ke Butterworth dari Kuala Sepetang. Katanya kali ini agak mengejar masa untuk sampai ke Butterworth...

![]() |
Syukor 9M2SY & Ringo BH4BPO |
Satu jam berkayuh santai, menjelang 1.30 tengah hari Ringo sampai di Bagan Serai. Ringo tidak berhenti lama di sana dan meneruskan perjalanannya menuju Parit Buntar pula. Sampai di Simpang Lima, kira-kira 5 km sebelum Parit Buntar, Syukor 9M2SY sempat bersalaman dengan Ringo. Bagi Ringo, pertemuannya dengan rakan-rakan ham Malaysia di sepanjang laluannya menjadi perjalanannya tidak keseorangan. Kata Ringo, "Now my solo cycling trip turn to be a Ham travelling coz of aprs."

dan sampai di Seberang Prai sekitar jam 6. Di Seberang Prai, Ong 9W2LWO mempelawa Ringo singgah di rumahnya. Kemudiaannya, Dengan berkereta, Ong menghantar Ringo ke homestay yang telah ditempah lebih awal oleh Ringo di Jalan Marican, Georgetown melalui Jambatan Pulau Pinang. Difahamkan, sebelah malamnya, Ringo berkesempatan berjumpa rakan-rakan Ham sekitar Georgetown dan berbincang berkenaan aprs.
![]() |
9W2ZBT & BH4BPO |
13 Mac 2015 (Day 8)
Georgetown - Balik Pulau - Georgetown : Almost 70 km
Ada juga saya mencadangkan kepada Ringo untuk melawat tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang seperti Bukit Bendera dan Padang Kota tetapi nampaknya Ringo lebih banyak menghabiskan masanya di homestay. Difahamkan, Ringo menggunakan masa tersebut dengan berbual dengan tuan rumah dan membasuh baju.
Dalam pada itu, Nizam 9W2ZBT sempat meluangkan masa meninjau Ringo di homestay Ringo menginap di Jalan Merican, George Town. Tinjauan kali pertama sekitar jam 8 pagi, hanya basikal Ringo sahaja yang kelihatan... mungkin Ringo masih tidur! Sekali lagi Nizam ke sana sekitar jam 9.30 pagi dan kali ini tuah menyebelahi Nizam dan mereka sempat bergambar kenangan.

![]() |
Ringo BH4BPO di Balik Pulau |
Sekitar jam 5 petang baru Ringo bergerak pulang ke Georgetown. Kali ini Ringo memilih laluan 6 melalui Kampung Paya Simpang Empat Genting - Teluk Kumbar - Bayan Lepas - Bayan Baru - Gelugor - Georgetown. Sekitar jam 8 malam, Ringo sampai di penginapannya. Jarak kayuhan keseluruhan keliling pulau Ringo tadi sejauh 70 km.
Untuk kayuhan esok, Ringo kemungkinan untuk berkayuh sehingga ke Jitra melalui Sungai Petani - Gurun - Alor Setar - Kepala Batas.
14 Mac 2015 - Day 9 (Georgetown - Kangar) : 170 km
Pagi ini nampaknya Ringo bersiap agak awal. Sekitar jam 8 pagi, setelah bergambar kenangan dengan tuan rumah homestay di Jalan Merican, Georgetown, Ringo terus berkayuh menuju ke jeti untuk menaiki feri menuju ke Butterworth. Setibanya di Jeti Butterworth, Ong 9W2LWO telah sedia menunggu dan kemudiannya pergi sarapan berasama di restoren berhampiran.


![]() |
9W2TPL & BH4BPO |
![]() |
9W2TRH, BH4BPO & 9W2BLI |
Kalau ikut rancangan awal, Ringo bercadang untuk ke Jitra tetapi Ringo mengubah laluan ke Kangar. Ini kerana Ringo berjaya mengejar masa dan dia yakin dapat sampai ke Kangar sebelum malam. Jadi Ringo meneruskan kayuhan dengan mengambil route no. 7 Alor Setar - Kangar. Semasa menghampiri sempadan Kedah - Perlis, iaitu di Sanglang, Ringo dipukat pula oleh Sazzali 9W2BLI dan Athirah 9W2TRH. Seterusnya difahamkan mereka berdua mengiringi Ringo hingga ke Kangar. Sekitar jam 8 malam, Ringo tiba di lokasi perhentiannya untuk hari ini. Ringo dipelawa untuk bermalam di rumah Fauzi 9W2FZE. Rupanya, beberapa rakan ham Kangar telah menanti kedatangan Ringo di sana. Rasanya, dengan sambutan mesra rakan-rakan ham, tentunya hilang rasa penat dan letih Ringo berkayuh hampir 12 jam itu.
![]() |
Ringo BH4BPO bersama rakan-rakan ham Kangar |
15 Mac 2015 - Day 10 ( Kangar - Padang Besar - Hatyai ) : 91 km
![]() |
BH4BPO & 9W2FZE |
jam 8 pagi, Ringo telah bersiap sedia untuk memulakan kayuhannya. Sebelum meninggalkan base Fauzi 9W2FZE, Ringo menerima cenderahati kenang-kenang daripada Fauzi. Sekitar jam 8.30 pagi, Ringo mula berkayuh mengikut laluan R135 melalui Kg. Keranji, Kg Kota, Kg Masjid sehingga Kg Lati sebelum menuju ke Beseri.
![]() |
Ringo BH4BPO bersarapan bersama rakan ham di Beseri |
Semasa di beseri, 9W2KRE, 9W2KGR, 9W2KGE dan 9W2AAZ telah menunggu di sana untuk bersarapan bersama Ringo. Mereka bersarapan di sebuah gerai makan berhampiran SK Beseri. Berselera Ringo dengan hidangan roti canai. Katanya, ini kali kedua dia makan roti canai... Sekitar 9.30 pagi, Ringo meneruskan kayuhan dan berhenti rehat di Tasik Timah Tasoh. Katanya, pemandangan di situ sungguh cantik dan mendamaikan jiwa. Bagus untuk tempat percutian... katanya lagi.
Sekitar jam 12 tengah hari, Ringo sampai di Padang Besar. Ringo terus menuju ke check point sempadan untuk pemeriksaan Kastam dan Imigresen Malaysia dan Thailand. Sebelum keluar dari sempadan Malaysia, Ringo sempat mengirim mesej kepada saya... agak panjang juga mesejnya dan ditujukan kepada seluruh warga ham di Malaysia...
![]() |
Bye Ringo... 73 C U Agn |
![]() |
BH4BPO's route Ipoh - Hatyai |
Ringo BH4BPO.
Ikuti perjalanan Ringo seterusnya di Bahagian 2 / Part 2
Ringo in Thailand, Solo Cycling Malaysia - China.