Wednesday, November 07, 2012

9M2ESM's Personal Achievement Award #001

 
Sememangnya award ini unik kerana setahu saya inilah satu-satunya personal award yang di'offer' di Malaysia....

9M2ESM's PAA ini adalah inisiatif Syamsul dalam menyemarakkan aktiviti di 10m band terutamanya kepada 9W untuk menyahut cabaran bekerja DX. Award yang diperkenalkan ini bermula pada 21 April 2012 dan akan berakhir pada 31 Disember 2012. Syarat bagi mendapatkan award ini ialah QSO 10m band dengan 6 stn daripada 6 benua termasuk stn wajib 9M2ESM sendiri. Comfirmation sama ada melalui rakaman video, audio, QSL card, eQSL dan email.

Saya telah menghantar permohonan beserta eviden melalui email kepada beliau pada 29 September 2012 dan alhamdulillah pada 27 Oktober 2012 yang lalu, saya menerima "9M2ESM Personal Achievement Award, Certificate No. 001 bertarikh 10 September 2012" daripada Syamsul 9M2ESM di Muar. Saya turut menerima antenna G5RV sebagai hadiah penerima award petama.

Berikut adalah rekod DX saya bekerja bagi mendapatkan award ini...