Wednesday, December 05, 2012

Kawal radio melalui PC - Cable USB programing/CAT Cable

Dah 2 minggu tunggu ni... patut le lambat sampai... salah alamat rupanya.... no. 3 je dia taip... tertinggal no. 6, sepatutnya no. 36. Nasib baik abg posmen sg besar ni dh kenal nickname Arie dan callsign - agaknya anak abg posmen ni main radio amatur jugak kot!

Kabel ini membolehkan radio dikawal melalui komputer
Parcel tersebut saya terima di pejabat pos sungai besar setelah mendapat panggilan telefon daripada abang posmen.. pada 21 November 2012 - Mengikut Syahrul 9W2SGN, kebiasaannya parcel sampai sekitar seminggu sahaja dari tarikh pesanan dibuat. Apa pun, terima kasih kepada Syahrul yang menguruskan pesanan tersebut sehingga parcel selamat sampai ke tangan saya...
 
Seterusnya, kerja-kerja menghubungkan cable ke PC dengan radio FT997D boleh dikatakan mudah. (Cable ini juga serasi dengan FT100/817/857). Cuma sambungkan cable pada bahagian soket CAT di radio dan USB pada PC. Jika tiada masalah, PC akan terus berinteraksi dengan radio... tetapi ini tidak terjadi kepada saya.... PC saya tidak dapat mengenalpasti sambungan USB yang dibuat....
 
Kena cari dulu driver Prolific USB to Serial daaa.....
 
Jadi saya mendapatkan bantuan rakan di grup My10Mg dan Weerut 9W2RUT respond dan menyatakan bahawa PC saya belum dilengkapkan dengan driver yang dikehendaki. Saya cuba mencari driver tersebut melalui cik google tapi tak berjaya. Kemudian saya meminta bantuan Weerut untuk memasang driver cable tersebut melalui remote software - iaitu Weerut boleh mengawal PC sy melalui internet.... dan hasilnya... ta da...
:) klik je frekuensi mana nak! hi hi
 
Dengan menggunakan program HRD di PC, sekarang saya boleh mengawal radio melalui PC... klik saja frekuensi yang dikehendaki... tak payah pusing-pusing tombol dah.... hi hi
 
Terima kasih Syahrul 9W2SGN dan Weerut 9W2RUT atas bantuan anda berdua! 73