Di situlah aku berkenalan dengan Abdullah Abdul Samad - 9M2DS (Arwah - al-Fatihah) atau lebih mesra dengan panggilan Pak Dollah Dondang Sayang. Melalui Pak Dollah aku mendapat pengetahuan radio amatur dan belajar cara menggunakannya. Masihku ingat lagi, aku dan rakan-rakanku dapat berkomunikasi dengan stesyen JOTA di Pulau Pinang. Peluang dapat berkomunikasi ini digunakan sebaiknya. Aku juga dapat berhubungan dengan beberapa stesyen JOTA Pramuka Indonesia....
Berikut adalah keratan akhbar yang masih kusimpan hingga kini. Terbit dalam Utusan Malaysia cuma aku tidak mencatat bila berita tersebut disiarkan....yang pasti gambar tersebut bertarikh 15 Oktober 1994. Inilah detik bersejarah diriku dengan radio amatur. Dalam ramai-ramai tu, nampaknya hanya 2 orang sahaja yang meneruskan minat dalam radio amatur iaitu saya - bermula dengan callsign 9W6VH dan kemudian 9W2VVH dan Norazam Ibun 9W2ZPD.
Anak Panah Hijau - Saya le tu...Hussairy 9W2VVH (ex-9W6VH) dan anak panah putih - Norazam Ibun 9W2ZPD. |