Friday, February 01, 2013

RADIO AMATUR GM1M - ZON TENGAH 2013

Pada 26 Januari 2013 yang lalu telah berlangsung program Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Zon Tengah di SMK Sungai Besar, Selangor. Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah hadir merasmikan program tersebut.

Salah satu gerai pameran yang menjadi 'touch point' YAB TPM adalah Radio Amatur GM1M. Di sini, TPM telah diberi penerangan ringkas bagaimana untuk mengadakan komunikasi dengan stesyen radio amatur yang lain. YAB TPM yang menggunakan callsign event 9M4CSB telah berkesempatan berkomunikasi dengan Cikgu Abu Samah 9W2PKK melalui rangkaian repeater ASTRA Transnasional.

Hussairy 9W2VVH bersama YAB TPM semasa mengendalikan komunikasi Radio Amatur
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kelancaran program ini termasuklah ASTRA Malaysia yang telah memberi kebenaran menggunakan rangkaian repeater ASTRA Transnasional semasa QSO di antara YAB TPM bersama Cikgu Abu 9W2PKK berlangsung sekitar 7 minit.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut membantu menjayakan Gerai Radio Amatur GM1M antaranya Cikgu Ibrahim 9M2IBR sebagai Station Master bagi 9M4CSB, Cikgu Idi Johan - 9W2VED, Cikgu Khairul Azman - 9W2VKH, Cikgu Lokman Hakim - SWL VLH, Hafizuddin 9W2VND, Mohd Sueb 9W2VSN, Syamin 9W2VSI, Iqbal 9W2VIQ, dan Hafiz 9W2VFZ. Juga Basri 9W2BJS, 9W2AIS dan mana-mana rakan ham yang lain yg turut sama di majlis tersebut...

Cg Ibrahim 9M2IBR, Cg Idi Johan 9W2VED, Din 9W2VND, Cg Lokman Hakim SWL-VLH & Syamin 9W2VSI

 
Berikut video QSO TPM di ASTRA Transnasional semasa program berlangsung....
 

Ihsan 9W2USM
 
 

Ihsan 9W2VNN