12 JAN 2013
Salam buat semua. Hari ini boleh dikatakan sebagai hari bertuah kerana dapat contact pertama di 10m SSB mode untuk 2013. Bukan itu saja... bonus dengan pile-up dengan 17 stesen yang lain. Pada jam 2.50 petang (0650 utc) pada mulanya saya CQ di 28.490 beberapa kali sebelum disambut oleh Panos SV1JDZ dari Greece. Kemudian, ada stesen lain yg memanggil Panos, jadi saya QSY ke 28495 dan parking terus kat situ menyambut panggilan demi pangilan sehingga sekitar jam 3.45 petang (0745 utc) kerana saya QRT untuk tugasan lain. Kalau ikutkan.... ketika itu masih ada stesen yang memanggil....
Berikut disenaraikan stesen yang berjaya 'dikerjakan' ...
SV1JDZ, DK3EE, SP7HKK, BG8SVE, UT1UL, SP8AWL, SP8GGV, US5UES, UT5ZC, YO5BMT, BG7RCX, OH1JD, VU2ATN, SP5ENA, RA6LO, UN7CNY, UT3UW dan OE5LXP.
Jom kita tengok beberapa sistem antenna stesen yang dapat dihubungi tersebut antaranya,
SV1JDZ antenna system
DK3EE 11.01.13 - NEW 5 over 5 10m stack - dia kata baru je semalam dinaikkan!
OH1JD dengan towernya....
OE5LXP... penuh dgn salji!