Wednesday, November 02, 2011

9W2VVH in CQWW SSB 2011 - SOSB 10M QRP







BADAIMU KUHARUNGI JUA(Khas buat rakan-rakan QRP)


Ibarat perahu* menongkah badai

di samudera tidak bertepi... 
terumbang ambing mencari haluan ke pelabuhan**...
walau destinasi pelabuhan dalam jangkauan...
belum tentu punya tempat
untuk berlabuh dengan aman
dek dihimpit oleh bot-bot*** dan kapal-kapal****
yang juga mahukan ruang berlabuh di sana...
namun,
badaimu tetapku harungi jua
dengan azam membara
berkat kesabaran dijiwa
berkat kesungguhan berkayuh
berbekalkan tenaga seadanya
akhirnya...
berjaya juga sauh dilabuhkan
di pelabuhan harapan... satu kepuasan!

Nukilan rasa Arieza MH
2 November 2011 5.18pm


Petunjuk:
* QRP Stn (<5W)
** Contest/DX Stn 
*** Low Power Stn (<100W)
**** High Power Stn (>100W - 1.5KW)

Demikianlah sebuah sajak analogi saya semasa menyertai CQWW SSB Contest 2011 dalam ketegori Single Operator Single Band - 10M QRP baru-baru ini. Sesungguhnya kategori QRP ini memang memberikan pengajaran yang berguna... kesabaran dan kesungguhan dituntut sepenuhnya dalam mendapatkan satu-satu contact dengan contest/DX stn... selain dihimpit oleh stn yang menggunakan kuasa besar... cabaran juga datang daripada QRM dan keadaan propagasi yang tidak menentu... memang geram apabila mendengar contest/DX stn yang begitu kuat signalnya tapi bila dipanggil tidak respond panggilan kita.... jadi apabila sebagai QRP stn, kena faham bahawa kuasa TX 5W tentunya kalah dengan kuasa TX yang lebih tinggi. Di samping itu, kedudukan geografi sesuatu stn yang cuba dihubungi dan keadaan propagasi menjadi faktor penentu sama ada berjaya atau tidak contact yang dibuat... pokoknya, tingkatkan kesabaran dan terus membuat panggilan kepada contest/DX stn... dan dengan bantuan propagasi... panggilan kita akan dapat mencelah di sebalik signal TX kuasa besar dan QRM tersebut...

Keseluruhan, saya berjaya bekerja dengan 39 stn dari 9 DXCC dan 12 Zone. Pencapaian terbaik QRP saya ialah ke Zone 16 (Ukraine) dan Zone 31 (Hawaii Is). Berikut adalah senarai stn yang berjaya dihubungi semasa kontes :

1. AH2R 59 27
2. KH2L 59 27
3. WH2X 59 27
4. JH4UTP 59 25
5. J03DDD 59 25
6. DV1JM 59 27
7. VR2XLN 59 24
8. JH6AUS 59 25
9. WH7M 59 31
10. VR2XMT 59 24
11. BX5AA 59 24
12. BV100 59 24
13. VK1CC 59 30
14. VK6DU 59 29
15. VK6DXI 59 29
16. VI6NC 59 29
17. VK7ZE 59 30
18. BM100 59 24
19. VK4BOF 59 30
20. VK8DX 59 29
21. JA3YBK 59 25
22. UZ2M 59 16
23. UU7J 59 16
24. VU3DJQ 59 22
25. JM1LRQ 59 25
26. JF1SEK 59 25
27. UR3HC 59 16
28. VK4MA 59 30
29. VK3TDX 59 30
30. YB3IZK 59 28
31. JA5FDJ 59 25
32. YE2R 59 28
33. B7P 59 24
34. YB1C 59 28
35. JL3RNZ 59 25
36. JA6WFM 59 25
37. JH2MYN 59 25
38. JH3PRR 59 25
39. JL1HOV 59 25