Monday, October 10, 2011

My 1st Contest Award - JIDX CONTEST 2010 PHONE

8 Okt 2011 - satu lagi rentetan sejarah radio amatur saya terukir apabila menerima Sijil Japan International DX Contest (JIDX Contest) kategori Phone Single Operator Single Band (SOSB) di 10M band.

Bagi stesen radio amatur dari Jepun, Objektif JIDX ini adalah membuat seberapa banyak contact dengan stesen DX  luar dari Jepun manakala bagi stesen DX pula membuat seberapa banyak contact dengan JA stn ,

Propagasi ketika itu tidaklah berapa baik, saya hanya berjaya bekerja dengan enam stesen Jepun iaitu JA6WJL, JM1LPN, JI1LET, JA1WEE, JH1OCC, JA7OWD yang membawa markah sebanyak 72 point.

Apa yang menarik perhatian saya adalah sikap stesen JA yang begitu sabar melayan setiap panggilan yang diterima sehinggalah kedua-dua pihak dapat confirm callsign...