Wednesday, August 10, 2011

ST0R - Southern Sudan 2011 DXpedition

First Amateur Radio License issued by Southern Sudan Government



9 Ogos 2011.

Akhirnya, sekitar jam 7.10 petang (1110 UTC) saya berjaya bekerja dengan stesen ST0R. Daripada maklumat yang diperolehi, stesen DX ini merupakan stesen radio amatur pertama yang dilesenkan oleh Kerajaan Selatan Sudah yang baru.

Saya mula monitor frekuensi 28.495 sejak jam 7.00 petang selepas melihat spot dari website DX Summit. Saya arahkan yagi 3 element ke arah barat. Pada mulanya, audio dari stesen ST0R sekitar R3 sahaja, namun menjadi semakin kuat hingga R5. Stesen ini menggunakan sistem split up 10 dalam membuat panggilan CQ. Selepas saya set radio Yaesu FT897D ke mode SPL iaitu VFO A = 28.495 dan VFO B = 28.505 (saya RX di 28.495 dan saya TX di 28.505), saya cuba membuat panggilan kepada stesen ST0R tersebut beberapa kali. Ketika itu, stesen ST0R memang dalam keadaan Pile-up. Kemudian kedengaran respond daripada ST0R "Station with ending HOTEL pse come agn..." Memandangkan callsign saya memang akhiran HOTEL, jadi saya menyebut callsign saya satu persatu dan saya ulang dua kali bagi memastikan stesen ST0R menerima callsign saya dengan jelas dan akhirnya ...."9W2VVH you are 59... " kedengaran. Selepas itu, saya membalas "ST0R, thank you for pick-up my call, you are 59 too.... good luck DX 73"


Setahu saya, dua hari sebelum itu, 9M2ESM juga dapat bekerja dengan stesen ST0R.

Maklumat lanjut tentang stesen ST0R boleh di dapati di http://www.qrz.com/db/st0r atau web site mereka di http://www.dxfriends.com/SouthernSudan2011/