Saturday, August 13, 2011

JOM RX Sig SSTV de ARISSat-1

SSTV atau Slow Scan TV adalah salah satu mode yang digunakan dalam komunikasi Amateur Radio. Mode ini membolehkan imej dihantar dan diterima melalui frekuensi radio.

Ini adalah imej SSTV yang saya diterima dari ARISSat-1 (RS01S) pada 13.8.2011 sekitar 0722 MST menggunakan software Windows MMSSTV, Rig Yaesu FT897D dan Antenna Diamond F23 di frekensi 145.950 MHz.

Sebelum ini saya pernah menerima imej SSTV dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). http://9w2vvh.blogspot.com/search/label/Imej%20SSTV%20dari%20Stesen%20Angkasa%20Antarabangsa%20%28ISS%29

Jika anda juga berminat untuk menerima signal SSTV dari setelit seperti ARISSat-1 ini:
Langkah 1

Anda perlu download dan install program SSTV seperti MMSSTV ini. Sila download di http://hamsoft.ca/pages/mmsstv.php

Langkah 2
Bagi memudahkan pemantauan laluan dan jangkaan satelit akan melalui ruang angkasa QTH anda, sila ke http://www.amsat.org/amsat-new/tools/predict/

Dalam web ini anda pilih ARISSat-1 dan masukkan grid locator QTH anda, contohnya QTH saya = OJ03lp. kemudian klik "Predict" untuk mendapatkan jadual jangkaan satelit akan melalui/menghampiri ruang udara QTH anda. Anda juga boleh melihat kedudukan terkini satelit tersebut dengan klik "View the current location of ARISSat-1" di atas jadual yang tertera.

Langkah 3
Dapatkan audio cable ataupun interface untuk sambungan dari Audio out di rig ke audio in di PC atau Laptop. Sambungan ini bagi membolehkan audio/signal SSTV yang diterima nanti terus ke PC audio card dan MMSSTV akan decode signal SSTV tersebut secara automatik.

Langkah 4
Sediakan rig dan antena. Pastikan rig anda dalam mode ON.... (kalau OFF macam mana nak RX sig SSTV nanti.... hi hi). Kemudian talakan ke frekensi 145.950 MHz.

Info tambahan tentang SSTV di blog 9W2KEY http://9w2key.blogspot.com/2011/08/sstv-daripada-arissat-1.html

Selamat mencuba. 73