Monday, September 20, 2010

Virtual HF Radio

Anda tiada radio HF? Ingin merasai pengalaman menggunakan radio HF... perisian HAMSPHERE ini mungkin jawapannya...  http://www.hamsphere.com/

Anda hanya perlu mendaftar dan muat turun (download) persisian ini ke PC atau laptop anda. Selesai proses daftar, muat turun dan dipasang perisian tersebut, PC/Laptop anda menjadi Radio HF...

Perisian ini berfungsi seperti ECHOLINK. Bezanya, dalam perisian HAMSPHERE ini anda hanya RX/TX dalam talian (alam maya HF) dan anda perlu mencari (CQ) stesen lain mengikut band seperti menggunakan HF sebenar.

Perisian ini diperkenalkan kepada saya oleh Jimmy E20WYU. Saya sudah mencuba perisian ini dan berjaya membuat QSO pertama dengan Darma YB0CJ di 10m band. Anda diberi 7 hari trial. Jika berminat anda boleh melanggan dengan bayaran EU25 atau USD32 setahun. Maklumat lanjut di http://www.hamsphere.com/subscribe.php

Setakat ini (hari ke-3) saya telah QSO :
YB0CJ / VE3RJF / VK3FTAB / KC2MUT / 9W2TS / KM6DU / LA8SSA / DL2YAK...
Selamat mencuba!