Wednesday, January 06, 2010

Di sini bermula minatku...


14-16 Oktober 1994 tarikh bersejarah kepada diri penulis kerana pada tarikh itulah pertama kali penulis mengenali RADIO AMATUR. Penulis ketika itu adalah ahli Pengakap Kelanasiswa UPM Serdang yang menjadi urusetia Program Jamboree On The Air (JOTA) Ke-39 di Kem Pengakap Sardon Jubir, Balakong (Kini tinggal dalam lipatan sejarah...).

Lebih bertuah lagi apabila dapat mengenali Station Master JOTA tersebut iaitu Pak Dollah 9M2DS(Arwah - al-Fatihah). Daripada Pak Dollah penulis mendapat banyak input berkenaan radio amatur ini. Oleh itu peluang semasa bertugas tersebut penulis gunakan untuk mencuba dan merasai sendiri menggunakan peralatan Radio HF untuk berkomunikasi dengan pengakap lain. Ketika itu, penulis dapat berhubung dengan pengakap dari Pulau Pinang di 40M band. Memang pengalaman yang menyeronokkan.