Saturday, August 29, 2009

Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UPM


KLKM UPM

Salam. Saya terima sms daripada Hafiz@gundal 012-6348859

Alumni KLKM UPM Info:

Salam. Jemputan Ke Majlis Berbuka Puasa KLKM UPM

Tempat : Pusat Pelajar UPM
Tarikh : 30 Ogos 2009
Masa : 6.30 Petang

P/S: Kepada Alumni KLKM UPM.... Jom kita berbuka puasa bersama-sama... lagi pun dah lama kita tak jumpa... :)

Hussairy KLKM UPM 94-97

Yahoo Group KLKM UPM
http://groups.yahoo.com/group/Alumni_KLKM_UPM/

Friday, August 21, 2009

Tercipta sejarah di Rumah Api Tg Tuan....9M4LHN


Saya bersama XYL, Azura 9w2VVQ dan harmonics di Rumah Api Tanjung Tuan


Bersama Muslim 9W2LIM dan Cikgu Nasir 9W2WKT di Puncak Menara Rumah Api Tg. Tuan


Saya (T-Shirt Kuning) pun ada di sana... bersama XYL Azura 9W2VVQ, harmonics dan rakan2 ham di Stesen 9M4LHN

16 Ogos 2009 - Port Dickson. Tak disangka, singgah di Rumah Api Tg Tuan sempena program MLLW 2009 semasa dalam perjalanan balik dari Tampin ke Putrajaya telah mencipta sejarah.

Pertama, Sejarah eyeball dengan Muslim 9W2LIM - setelah hampir 5 tahun QSO - bertemu di sini. Muslim adalah antara stesen terawal yang saya QSO semasa baru berpindah ke Sungai Besar pada Julai 2004 dan ketika itu saya menggunakan callsign baru 9W2VVH (sebelum itu 9W6VH).

Kedua, bertemu cikgu Nasir 9W2WKT yang mengajar di SMS Tuanku Jaafar, Kuala Pilah ketika saya Tingkatan 1 1986, beliau mengajar tingkatan 4&5... jadi banyak memori lama terungap semasa sesi borak di puncak menara rumah api...

OK... Tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Jumpa lagi tahun depan.

Confirming Ur Report...VU2SWS



QSL card dari Sharma VU2SWS sebagai balasan
QSL Card "Comfirm Ur Report" yang saya hantar kepadanya


Sampul surat keluaran khas
"The International Mumbai YL Meet 2006"

Pada 22 Julai 2009 lalu, saya scanning 20M band (14.197 MHz). Saya telah monitor satu stesen dari India VU2SWS Op Sharma sedang CQ DX. Saya copy stesen tersebut 5/5 ketika bekerja dengan satu stesen dari Jepun, JH6EGU.

Saya telah mengirimkan satu QSL Card untuk "Confirm Ur Report" kepada VU2SWS. Saya terima balasan QSL Card dari VU2SWS pada 20 Ogos 2009 lalu.

Tnx Sharma VU2SWS for your QSL Card. Happy DXing. 73

Wednesday, August 19, 2009

Mengurus Permohonan AA Kelas B SKMM



Tahniah diucapkan kepada semua yang telah lulus RAE baru-baru ni.
Pastinya rakan-rakan swl kita tidak sabar unttuk mendapatkan AA masing-masing
bagi membolehkan mereka QSO perdana bersama rakan-rakan amatur yang lain.

Di sini sedikit tips/senarai semak untuk menguruskan AA anda.
1. Isi borang AA dengan lengkap [download]
2. Dapatkan tandatangan 2 orang pemegang AA Kelas A [download]
3. Menandatangi Surat Akuan Sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah [download]
4. Lengkapkan borang pilihan callsign [download]
5. Menyertakan salinan kad pengenalan
6. Bawa Surat LULUS RAE dan salinan
7. Bawa Cek/Bank Draf/Wang Pos sebagai bayaran AA
8. Pastikan anda berurusan di Pejabat SKMM pada waktu pejabat...
sebaiknya sebelah pagi (jangan datang disaat-saat waktu kerja dah nak habis... nanti anda kecewa!!!)

Bayaran yuran tahunan AA + yuran proses. Contoh untuk AA 5 Tahun :
RM 24.00 X 5 Tahun = RM 120.00 + RM 60.00 = RM 180.00

Terkini, saya difahamkan bahawa segala pembayaran AA dibuat melalui kaedah
Cek/Bank Draf/Wang Pos atas nama SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA.
Maklumat lanjut sila hubungi SKMM di talian 03-8688 8000.

Tahniah dan semoga dapat QSO di udara... 73 de 9W2VVH

Wednesday, August 12, 2009

Semak Keputusan RAE 2009-1

Notis Keputusan RAE 2009-1

Klik pada gambar di atas atau http://skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/RAE2009_1_Results.pdf
untuk semak keputusan RAE 2009-1

Tahniah kepada yang lulus. 73

Tuesday, August 04, 2009

International Lighthouse/Lightship Weekend 2009

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Jom ke International Lighthouse/Lightship Weekend. Pasukan Ham Malaysia akan menyertai aktiviti ini pada 15hb hingga 16hb Ogos 2009. Sila rujuk lokasi aktiviti berhampiran tempat anda... atau berhubung dengan Station Master/Station Coordinator untuk maklumat lanjut.
Maklumat terkini berkenaan aktiviti tersebut boleh didapati dari link berikut :
(as of 1 Aug 09)
http://illw.org/9-list.html (301 Light Houses Internationally) 1-9 Aug 09
http://illw.net/2009_list.htm (334 Light Houses Internationally) 15 & 16 Aug 09

Lokasi Rumah Api Malaysia yang mengambil bahagian :
1. Rumah Api Fort Cornwallis, Penang
Callsign: 9M4LHP (Lima Hotel Papa) (05.25.21N, 100.20.70E)
WLOL#: WMA 004 & ILLW #: MY 0003 (old) MY 0004 (new)-
Station Master: 9M2BA - Azmi Abdullah -
Coordinator : 9M2RR - Abdul Rahim

2. Rumah Api Bukit Melawati, Kuala Selangor
Callsign: 9M4LHB (Lima Hotel Bravo) (03.20.48N, 101.14.70E)
WLOL#: WMA 005 & ILLW #: MY 0005-
Station Master: 9M2SQL - Abdul Mutalib-
Coordinator: 9W2SF - Syed Faisal

3. Rumah Api Bukit Jugra, Banting Selangor
Callsign: 9M4LHE (Lima Hotel Echo) (02.50.15N, 101.25.06E)
WLOL#: WMA 001 & ILLW #: MY 0006-
Station Master: 9M2JEN - Saiful Firdaus-
Coordinator: 9W2YR - Abd Rasid Ahmad Sidek

4. Rumah Api Cape Rachardo Tanjung Tuan, Port Dickson
Callsign: 9M4LHN (Lima Hotel November) (02.24.43N, 101.51.13E)
WLOL#: WMA 003 & ILLW #: MY 0001-
Station Master: 9M2QQ - Hans E Elhers-
Coordinator: 9W2PD - Rabindra

5. Rumah Api Bukit Segenting, Batu Pahat, Johor
Callsign: 9M4LHJ (Lima Hotel Juliet) (01.47.50N, 102.53.40E)
WLOL#: WMA 002 & ILLW #: MY 0008-
Station Master: 9M2NP - Narayanan (Thango)-
Coordinator: 9W2BUG – Jayakanthan

6. Rumah Api Tanjung Gelang, Kuantan Pahang
Callsign: 9M4LHC (Lima Hotel Charlie) (03.57.79N, 103.26.23E)
WLOL#: WMA 024 & ILLW #: MY 0002-
Station Master: 9M2TOT - Ibrahim Musa-
Coordinator: 9W2RZL – Rizal

7. Rumah Api Pulau Layangan, Sabah
Callsign: 9M4LHS (Lima Hotel Sierra) (06.00.11N, 116.03.46E)
WLOL#: EMA 018 & ILLW #: MY 0007-
Station Master: 9M6DJC – Christopher-
Coordinator: 9W6BOY - Daniel Haikal

Sumber : Rabin 9W2PD