Saya bersama XYL, Azura 9w2VVQ dan harmonics di Rumah Api Tanjung Tuan
Bersama Muslim 9W2LIM dan Cikgu Nasir 9W2WKT di Puncak Menara Rumah Api Tg. Tuan
Saya (T-Shirt Kuning) pun ada di sana... bersama XYL Azura 9W2VVQ, harmonics dan rakan2 ham di Stesen 9M4LHN
16 Ogos 2009 - Port Dickson. Tak disangka, singgah di Rumah Api Tg Tuan sempena program MLLW 2009 semasa dalam perjalanan balik dari Tampin ke Putrajaya telah mencipta sejarah.
Pertama, Sejarah eyeball dengan Muslim 9W2LIM - setelah hampir 5 tahun QSO - bertemu di sini. Muslim adalah antara stesen terawal yang saya QSO semasa baru berpindah ke Sungai Besar pada Julai 2004 dan ketika itu saya menggunakan callsign baru 9W2VVH (sebelum itu 9W6VH).
Kedua, bertemu cikgu Nasir 9W2WKT yang mengajar di SMS Tuanku Jaafar, Kuala Pilah ketika saya Tingkatan 1 1986, beliau mengajar tingkatan 4&5... jadi banyak memori lama terungap semasa sesi borak di puncak menara rumah api...
OK... Tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Jumpa lagi tahun depan.