Sunday, August 25, 2013

Jom CONTEST...

"Aduii..cmner nk join contest...xpandai..."

Award yang penulis terima dalam CQWW 2011
Apakah "Contest" dalam aktiviti radio amatur?

"Contest" juga dikenali sebagai "Radio Sport" adalah aktiviti yang berdaya saing dijalankan dalam bentuk pertandingan di samping menguji kekuatan mental, fizikal dan peralatan radio yang digunakan oleh pengendali radio amatur. Contest dianjurkan oleh persatuan radio tempatan ataupun antarabangsa. Contest boleh disertai oleh mana-mana stesen radio amatur. Secara tidak langung, peserta akan menjadi 'duta' negara kerana membawa nama negara dalam contest yang disertai... kalau tak mencuba.... mana nak tahu....

Semasa Contest setiap stesen akan cuba mendapatkan pertukaran maklumat dengan seberapa cepat yang boleh kerana tempoh masa contest yang telah ditetapkan.. contohnya 2 jam/12 jam/24 jam atau 48 jam sahaja. Ini berbeza dengan QSO biasa yang bersifat bual santai atau rag-chew.

Dalam contest, sebuah stesen radio amatur boleh dikendalikan oleh seorang individu atau satu pasukan, berusaha menghubungi seberapa banyak stesen radio amatur yang lain dalam tempoh masa yang ditetapkan dan membuat pertukaran maklumat. Disamping itu, setiap contest mempunyai peraturan tersendiri dan kaedah pengiraan mata yang perlu dipatuhi oleh setiap stesen yang menyertainya seperti kategori, band, kuasa pancaran dan lain-lain...

Apa yang perlu anda tahu untuk menyertai contest?

1. Tarikh contest
Setiap contest telah ditetapkan tarikhnya. Biasanya contest tersebut menjadi acara tahunan. Untuk itu, kita boleh merujuk laman web seperti "WA7BNM Contest Calendar"  (http://www.hornucopia.com/contestcal/contestcal.html)  yang memaparkan jadual contest yang berlangsung sepanjang tahun. seperti contest yang popular
***CQ Worrld Wide DX Contest
***CQ World Prefix Contest
***All Asian Contest
***Japan International DX Contest dll



2. Mode
Setaip contest ditetapkan mode - CW, Phone(SSB), RTTY, PSK dll
Ada contest yang menetapkan hanya satu/single mode yang digunakan pada satu-satu masa dan ada contest yang boleh bercampur/mix mode.

3. Band
Band yang digunakan dalam contest seperti 160, 80, 40, 20, 15, 10m, 6m, 2m, 70cm.
Begitu juga dengan band, ada contest yang menetapkan single band atau beberapa band terpilih atau all band dalam contest yang dijalankan itu.



4. Kategori Penyertaan
Setiap contest mempunyai kategori tertentu mengikut ketetapan contest... contohnya:
Single Op (QRP/Low/High)
Single Op Single Band (Low/High)
Multi-Single (Low/High)
Multi-Two
Single Op All Band (CW/SSB/Mixed)(High/Low)
Single Op Single Band
Multi-Op Single Transmitter
Youngster/Novice dll



5. Kuasa Pancaran / TX Power
Begitu juga dengan kuasa pancaran yang perlu dipatuhi dan berbeza mengikuti contest... dan mematuhi TX power seperti yang dibenarkan dalam AA.
High Power: Lebih 100 watts... (malah ada contest membenarkan sehingga 1.5Kw)
Low Power: Kurang 100 watts

QRP: 5 watts (ada contest yang membenarkan sehingga 10 watts)

 
6. Pertukaran Maklumat / Exchange
Bahagian ini merupakan antara bahagian penting dalam setiap contest... oleh itu, kena pastikan apakah pertukaran maklumat / Exchange yang digunakan dalam contest tersebut seperti Nombor Siri, Nombor ITU Zone, Nombor CQ Zone, Grid Locator, Umur, Tahun mendapat lessen atau sekadar menyatakan DX! Biasanya pertukaran maklumat ini disebut selepas memberikan RST. Perlu diingat, setiap contest mempunyai pertukaran maklumat / exchange yang berbeza!

Contoh:
RS(T)/pertukaran maklumat
59(9)/001 : nombor siri
59(9)/28 : CQ Zone
59(9)/54 : ITU Zone

Ada juga contest yang memerlukan pertukaran maklumat yang berbeza...
contonya dalam Ukraine DX Contest,
***Ukraine: RS(T) + 2-letter oblast
***non-Ukraine: RS(T) + Serial No.

Stn Ukraine akan menghantar RST dan 2 huruf mewakili daerah kepada stn bukan Ukraine (DX) manakala stn DX akan menghantar RST dan Nombor siri kepada stn Ukraine sebagai pertukaran maklumat.

Nota:
Sudah menjadi kebiasaan stesen contest akan memberi RS(T) = 59(9) walaupun kualiti audio dan signal sebenarnya berada di bawah 59(9)...


7. Mata / QSO Point
Bergantung kepada contest.... sebagai contoh saya ambil mata dalam YO HF DX Contest:
8 points per QSO with YO station
4 points per QSO with non-YO station on different continent
2 points per QSO with non-YO station in different country, same continent
1 point per QSO with non-YO station in same country



8. Multipliers:
Contoh juga diambil dalam YO HF DX Contest:
Each DXCC country (not YO) once per band
Each YO district once per band
- Ini bermaksud, jumlah mata yang terkumpul akan didarapkan dengan jumlah multipliers terkumpul untuk mendapatkan jumlah total mata/point bagi setiap peserta.

Total score = total QSO points x total multipliers


9. Log
Setiap peserta MESTI menghantar log contest yang disertai dan dihantar kepada penganjur sebelum tarikh tutup. Format log adalah dalam bentuk  Cabrillo format. Disyorkan menggunakan logging software seperti N1MM Logger (http://n1mm.hamdocs.com/) untuk log contest kerana perisian ini menyokong kebanyakan contest yang dipertandingkan.

Nota:
Jika log contest TIDAK DIHANTAR kepada penganjur, apabila semakan silang /cross-check dilakukan, setiap stesen yang dihubungi dalam contest tersebut akan kehilangan mata/point!!! Oleh itu, hantarlah log walaupun anda hanya berjaya mendapat 1 QSO... kerana log anda amat berharga bagi setiap peserta contest...


10. Peraturan Contest / Contest Rules
Disyorkan setiap peserta membaca dan memahami peraturan/rules bagi setiap contest...

Selepas ini.... bolehlah anda join mana-mana contest! dan merasai sendiri keseronokan contest... Jom Contest!

CQ CONTEST.... CQ CONTEST.... this is.....