Tuesday, July 09, 2013

My10Mg Ceria di Konvensyen Radio Amatur Malaysia (KRAM) Kali Pertama 2013

Sekalung Tahniah kepada penganjur Konvensyen Radio Amatur Malaysia (KRAM) kali Pertama 2013 pada 6 Julai lalu di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi. Kesempatan hadir di KRAM selain mengikuti konvesyen, dapat bersua muka ,berjabat tangan dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan sehobi yang datang dari dekat mahu pun yang jauh... apatah lagi yang selalu QSO tapi inilah kali pertama dapat bertentang mata...

Masih terasa keceriaan dan keakraban geng My10Mg apabila berpeluang eyeball, beramah mesra dan bertukar cerita. Lihat saja wajah-wajah riang mereka dalam gambar di bawah ni..... rasanya inilah gambar terbaik sepanjang KRAM berlangsung.... Idea spontan Salehan 9W2SBD dengan gaya 10 jari menjadi fenomena terbaru semasa bergambar gaya bebas.... secara tidak langsung menjadi 'trade-mark' kepada My10Mg.


Dari Kiri : Rizal 9M2RDX (dan harmonic),Hasrulnizam 9M2YOT, Syam 9M2ESM,  Mohd Noh 9W2NMW,
Hafiz 9W2HWR, Rahmat 9M2RMT, Hussairy 9W2VVH, Ismail 9M2AIA, Salehan 9W2SBD,
Khairul 9M2KRZ , Ilyas 9M2UST, Azizul 9W2FD, Nazmi 9W2GSG,Shah 9M2SGN dan
Ohm 9W2OHM.
Antara kenangan yang tercipta di KRAM 2013

sekeping lagik..  formal time..
Semua serius semasa bergambar gaya formal... hi hi


Photo
Bersama geng Melaka & Sabah

Photo
Peserta KRAM bergambar kenang-kenangan



tu dia.... mantap...Photosharing yang mantap dari 9W2VVH

Antara geng My10Mg yang berkongsi pendapat & pengalaman
Salehan 9W2SBD, Rizal 9M2RDX, Sham 9M2ESM  & Hussairy 9W2VVH

 
Berjumpa lagi di KRAM 2014 di Johor.... 73