Friday, September 14, 2012

Panduan Penyediaan "Contest Log", "Cabrillo Format" menggunakan N1MM Logger dan Menghantar Email Kepada Contest Admin

Site Logo Dapatkan N1MM di sini :
http://n1mm.hamdocs.com/tiki-index.php?page=HomePage
Nota : Bagi yang pertama kali muat turun perisian ini, anda perlu muat turun dan pasang "Full Install". Kemudian muat turun dan pasang"Latest Updates".

 Dapatkan info Contest sepanjang tahun melalui web Contest Calender di sini :
http://www.hornucopia.com/contestcal/contestcal.html

Bagi rakan yang baru menyertai Contest dan hendak menghantar log kepada penganjur, berikut adalah panduan penyediaan Contest Log menggunakan N1MM Logger. Seterusnya mencipta fail Cabrillo untuk dihantar kepada penganjur melalui email. Sebagai contoh, saya akan mencipta Contest Log untuk Oceania DX Contest - Phone 2012 yang akan berlangsung pada 0800Z, 6 Okt 2012 - 0800Z, 7 Okt 2012 nanti...

Aktifkan program N1MM Logger
Tingkap Manual - A dibuka.
[1] klik "File"
[2] klik  "New Database"







Tingkap baru "Create New Data Base" dibuka.
Adalah dicadangkan nama database itu mengikut nama contest yang disertai.[3] File name: OceaniaDX_ssb_2012
Simpan fail database dalam satu folder yang senang untuk dicari semula... dan klik "save".
Seterusnya, pergi semula ke tingkap Manual - A.
klik [4] "File", kemudian klik [5] "New Log in Database".












Tingkap baru  "C:\N1MM Logger\ contest cabrillo file\OceaniaDX-ssb_2012.mdb"* akan dibuka.
* Nama folder yang dipapar mengikut di mana fail database itu disimpan.

Langkah seterusnya pada bahagian Select Contest Type for New Log:
[6] Log Type :- pilih ALLASIASSB (atau pilih contest lain yang berkenaan)
[7] Start Date :- abaikan... tarikh akan secara automatik mengikut masa sebenar semasa mengisi log QSO.




Pada bahagian Contest pula
[8] Operator Category :- pilih SINGLE OP (atau kategori yang anda sertai)
[9] Band Category :- 10M (atau kategori band lain seperti ALL)*
[10] Power Category :- LOW (atau QRP/HIGH)
[11] Mode Category :- SSB (atau CW/RTTY/PSK/DIGITAL/MIXES)*
[12] Overlay Category :- N/A
[13] Sent Exchange :- 001 (No. Siri/Umur/No. CQ Zone/No. ITU Zone)*
[14] Operator :- 9W2VVH (atau callsign anda)
[15] Soapbox Coments :- biar kosong
* Mengikut contest yang disertai
Setelah langkah 6 - 15 selesai, klik [OK].

Sekarang, Contest Log anda sedia untuk diguna...
Tingkap Manual - A
[16] Ruang ini digunakan memasukkan (a) Frekuensi dan (b) Callsign
a. Memasukkan frekuensi  secara Umum :- 28000 (untuk menunjukkan anda dalam 10m band) dan tekan [ENTER], atau secara khusus iaitu memasukkan frekuensi bagi setiap stesyen contest yang anda hubungi seperti 28490 dan tekan [ENTER].

b. Selepas itu barulah masukkan di ruang [16] dengan callsign Contest Stn berkenaan.

Nota: Jika anda ingin menukar frekuensi lain untuk stesyen yang lain, masukkan frekuensi baru di ruang [16], contohnya 28480 dan tekan [ENTER] diikuti Callsign Contest Stn tersebut.
[17] Snt :- RST menghantar (my RST). N1MM automatik memberi RST 59. RST boleh diubah. [18] SntNR :- N1MM automatik memasukkan nombor siri mengikut urutan.
[19] Rcv :- RST diterima (His RST). N1MM automatik memberi RST 59. RST boleh diubah.
[20] RcvNR :- Anda masukkan Exchange Contest (No. siri/Umur/dll) yang diterima.

Selesai langkah 16 - 20, tekan [ENTER]. Sekarang log stesyen tersebut telah dimasukkan dalam database seperti di paparan log [21]. Jika tingkap paparan log [21] tidak keluar, anda perlu klik "Window" dan klik "Log"

Untuk edit tarikh/masa, dan lain-lain maklumat, klik pada barisan callsign yang hendak diedit (barisan tersebut akan berwarna biru seperti yang ditunjukkan pada [21]). Kemudian klik kanan pada barisan tersebut dan pilih "Edit Contact". Selesai edit dan tekan [ENTER] or klik "Update"

PASTIkan anda memasukkan callsign dan exchange dengan betul bagi mengelakkan anda kehilangan markah. Jika semua data dan maklumat contest telah selesai dimasukkan dan selesai diedit.

Langkah seterusnya adalah untuk mencipta Fail Cabrillo.

Tingkap Manual - A
[22] Klik  "file", 
[23] Klik "Generate Cabrillo File"  











Paparan tingkap seterusnya seperti berikut:
SENT EXCHANGE =
no. siri/umur/dll (mengikut contest yang disertai)
klik "OK"










Tingkap baru seperti berikut dipaparkan - Cabrillo Export.
[24] Beri nama file cabrillo itu dengan callsign + nama contest dan simpan dalam folder yang senang dicari semula - memudahkan untuk attachment dalam email nanti.

Kemudian klik "Save".











Kini Cabrillo fail anda telah siap dan sedia untuk proses selanjutnya....






















Menghantar Fail Cabrillo kepada pengajur contest melalui email.
Aktifkan akaun email anda. sebagai contoh, saya menggunakan akaun gmail.
Klik "COMPOSE" dan tingkap seperti berikut dipaparkan.

[25] To : alamat email penganjur contest - rujuk Contest Calender.
[26] subjek : callsign anda sahaja
[27] Attach file : fail cabrillo yg anda save tadi.... cari le balik kat mana anda simpan... ye! hi hi
[28] Ruang ini biar kosong... tak payah tulis apa-apa pun... yang baca email ni nanti adalah program robot...

Klik "SEND"

so penghantaran log = DONE

Biasanya akan dapat pengesahan penerimaan log anda drp admin contest tak sampai seminit lepas tu!

Contoh pengesahan daripada admin contest yang saya terima apabila menghantar contest log untuk All Asian DX SSB Contest 2012 pada september lalu:















Diharap anda dapat manfaat daripada panduan ini dan hantarlah contest log anda walaupun 1 QSO kerana ia sangat bermakna kepada para contester! :)

73 de Arie 9w2vvh