Tuesday, September 04, 2012

Analisis Ringkas penyertaan dalam All Asia Contest SSB 2012

Sekali lagi saya berkesempatan menyertai All Asia Contest SSB 2012. Tidak banyak persiapan yang dilakukan... meneruskan sahaja setup stesyen sedia ada - Rig Yaesu FT897D + ATU FC-30 + original mic dengan antenna Yagi 3 element ketinggian 10m. Sesekali dibantu audio player dari laptop Acer ASpire TimelineX untuk membuat panggilan CQ Contest.... hi hi....

QSL image for VU3KPL
VU3KPL
Secara ringkas, berikut analisis ringkas AA SSB 2012.
QSOs = 207
DXCC = 45 (Termasuk 2 DXCC baru - Argentina dan Vietnam)
Points = 36,090

Stn sama umur dgn saya 39thn = EA7KB, IZ2KPE, BG4FRZ & VU3KPL.
Opr plg muda 17 thn : JF1ROR & JG1WBB
Opr Otai 77 thn : JA3EY
Opr YL : DL1QQ, VU2SWS, JH1ACA & DL1ICB

Kategori umur plg aktif
1. 50-59 thn = 61 stn
2. 40-49 thn = 50 stn
3. 60-69 thn = 45 stn  

Memandangkan usia saya 39 tahun pada contest ini, maka saya menggunakan frekuensi yang ada kaitan dengan tahun kelahiran (73) dan umur (39) sebagai frekuensi memasang jerat. Hasilnya, pada 1.9.2012 di frekuensi 28.473 (7 stn), 28.339 (8), 28.439 (14) dan 28.539 (24).  Pada 2.9.12 pula di frekuensi 28.439 (23) dan 28.539 (48). Hasil memasang jerat sebanyak 124 stesyen. Selebihnya kena pergi memburu satu persatu....  

DXCC paling aktif adalah dari negara Matahari Terbit iaitu sebanyak 38.6% atau 80 stesyen daripada jumlah keseluruhan stesyen yang berjaya dihubungi.   Didapati masih ada stesyen yang menyangka exchange contest sebagai nombor siri dan bukannya umur kerana ada yang memberikan saya exchange dengan 001.... bila diberitahu contest ini memerlukan exchange umur... terus ada yang menarik diri.....hi hi.  

Apa pun... tahniah kepada rakan2 My10Mg yang mengambil bahagian dan yang memberi sokongan moral sepanjang contest berlangsung...   Bak kata Zaki 9M2ZAK... siapa yang terlepas kapal... tiket tak boleh refund.. so tunggu tahun depan je la... Jumpa lagi di All Asia Contest SSB 2013....hi hi