Friday, June 08, 2012

Lagu Pengakap - Kenangan Bersamamu



Idea & melodi lagu ini sebenarnya tercetus semasa saya menunggang motorsikal Yamaha YB 100 dari Sekinchan ke Sungai Congkak... kalau tak silap pada tahun 1997. Ketika itu Kumpulan Latihan Kelanasiswa UPM mengadakan aktiviti Kem Pendedahan di sana... dan lagu ini kali pertama dinyanyikan semasa malam kebudayaan kem tersebut.... berikut lirik lagu Kenangan Bersamamu...

KENANGAN BERSAMAMU
Masihku ingat lagi
Kenangan bersamamu kawan
Kita pergi berkhemah
Dan juga mengembara…

Bagaikan satu keluarga
Kita gembira kawan
Saling bantu membantu
Bagai isi dan kuku…

Betapa indahnya
Kenangan bersamamu kawan
Akan ku sematkan
Di dalam memori… oh ho…

Takkan dapat kulupa
Kenangan bersamamu kawan
Akan ku abadikan…
Di sudut memori