Wednesday, February 15, 2012

Melangkah ke APRS

Automatic Position Reporting System (APRS) adalah berasakan sistem digital dalam komunikasi Radio Amatur. Sistem ini menghantar dan menerima data kepada Sistem Internet APRS (APRS-IS) yang mengandungi maklumat koordinat GPS secara "real time" dan dapat diakses di web www.aprs.fi. APRS dapat menghantar/menerima mesej, amaran, pengumuman dan buletin selain memaparkan lokasi terkini di atas peta. Demikian serba ringkas tentang APRS...
Saya melangkah kaki ke dunia APRS apabila menerima Mini Tracker APRS daripada seorang rakan. Peralatan asas tersebut diterima pada 29 Jan 2012. Beberapa percubaan awal yang dipasang pada jalopy tidak berjaya walaupun melalui kawasan lembah kelang yang mempunyai beberapa iGate yang dibangunkan oleh beberapa rakan yang sememangnya arif dan aktif dalam APRS.


9W2VVH-9 muncul di UI-View32 tetapi
tidak timbul di aprs.fi
Melalui chat bersama Bonar 9W2CEH mencadangkan saya supaya membangunkan iGate sendiri di Sungai Besar menggunakan sofware dan sound card komputer. Pada 12 Feb 2012, saya install beberapa software berkenaan antaranya AWG-PE dan UI-View32. Melalui toturial di blog Zaki 9W2KEY ( http://9w2key.blogspot.com/2011/07/igate-setup.html ) saya mengikuti setiap langkah dan berjaya mengaktifkan iGate APRS di Sungai Besar. Mini Tracker APRS saya (9W2VVH-9) dapat dikesan oleh UI-View32 tetapi tidak muncul di laman aprs.fi...

Seterusnya, menggunakan kecanggihan sistem komputer yang membolehkan PC dikawal dari jauh (remote pc) Bonar 9W2CEH telah reconfigure semua software berkaitan dan berjaya mengesan masalah teknikal yang menyebabkan 9W2VVH-9 tidak muncul di internet...

My 1st APRS Journey via 9W2VVH-9
Pada 14 Feb 2012, alat ganti mini tracker telah diterima dan uji pancar yang dilakukan telah berjaya... 9W2VVH-9 telah berjaya dikesan oleh iGate 9W2VVH dan seterusnya data dihantar ke internet dan boleh dilihat di www.aprs.fi

Terima kasih kepada 9W2CEH, 9W2KEY dan semua rakan yang membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk lebih memahami dunia APRS. Jika berminat, boleh join di FB MyAPRS (Malaysia APRS Group).

Sedikit maklumat sistem pengenalan bagi stesen APRS
APRS SSID
-0 Your primary station usually fixed and message capable
-1 generic additional station, digi, mobile, wx, etc
-2 generic additional station, digi, mobile, wx, etc
-3 generic additional station, digi, mobile, wx, etc
-4 generic additional station, digi, mobile, wx, etc
-5 Other network sources (Dstar, Iphones, Blackberry's etc)
-6 Special activity, Satellite ops, camping or 6 meters, etc
-7 walkie talkies, HT's or other human portable
-8 boats, sailboats, RV's or second main mobile
-9 Primary Mobile (usually message capable)
-10 internet, Igates, echolink, winlink, AVRS, APRN, etc
-11 balloons, aircraft, spacecraft, etc
-12 APRStt, DTMF, RFID, devices, one-way trackers*, etc
-13 Weather stations
-14 Truckers or generally full time drivers
-15 generic additional station, digi, mobile, wx, etc