CQ All Asian (AA) Contest SSB 2011 telah berlangsung pada 3.9.2011 0000utc - 4.9.2011 2359utc. Saya berkesempatan menyertai 'contest' ini pada hari Ahad 4.9.2011 sahaja kerana pada hari Sabtu 3.9.2011 ada urusan di Kuala Lumpur.
Saya mengambil bahagian dalam kategori "Single Operator Single Band (10m) Low Power. Menariknya dalam 'contes't ini, peserta akan bertukar info umur bagi setiap QSO yang dibuat selain memberikan laporan signal. Contohnya, saya berumur 38 tahun, jadi perlu melaporkan 59-38.
Secara keseluruhan, propagasi 10m baik dan membuka. Penyertaan pada kali ini boleh dianggap penyertaan terbaik saya kerana berjaya bekerja dengan 114 stesen dari 15 DXCC.
10 perkara menarik penyertaan saya dalam CQ AA Contest 2011:
1. QSOs = 114
2. Points = 314
3. Country = 15 (BV, ES*, I, JA, KH2, KH6, KH7, OH*, OZ*, PY, UA, UR, VR, YB & YL*)
4. Score = 4,710
5. *New DXCC = 4 (ES/Estonia, OH/Finland, OZ/Denmark & YL/Latvia)
6. Operator paling muda = 10 Tahun (JO3XGY)
7. Operator paling tua = 82 Tahun (JA7JH)
8. Operator yang sama umur 38 Tahun = 7N2UQC & IT9/IW0HBY
9. QSO Long Path = PU2SDX
10. Pile up dengan stn JA = 57 stesen di 28.488MHz dari 0852utc - 0934 utc