Friday, July 01, 2011

Bilik Radio Baru...

 
Alhamdulillah, pertengahan Mei lalu, pengubahsuaian dibahagian dapur home base saya selesai. Hasil pengubahsuaian tersebut, selain dapur, dapatlah ditempatkan sebuah bilik seluas 8' X 8' untuk bilik hobi.... merangkap bilik radio...

Pada 6 Jun 2011, antenna yagi 3 element 10m band selamat dipasang pada paras ketinggian sekitar 10m dari paras bumi. Sebelum ini ketinggian antenna tersebut diparas 6m sahaja.

Terima kasih kepada Sueb 9W2VSN, SWL Adib, SWL Iqbal, SWL Arif dan SWL Hanif atas bantuan dan kerja-kerja memasang dan menaikkan antenna tersebut...





California NK-333 Dynamic Mic


Foot PTT

Pada 30 Jun 2011 bermulanya penggunaan aksesori tambahan di bilik radio iaitu Foot PTT dan microfon dinamik.   Selepas mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan Abang Ody, saya mendapatkan sebuah mikrofon dinamik jenama California NK-333 untuk dipadankan dengan litar Foot PTT tersebut ke radio Yaesu FT897D All Band All Mode... Terima kasih kepada Abang Ody 9M2ODY kerana Foot PTT tersebut adalah 'air tangan' beliau.
 Ujian pancaran audio pada awalnya melalui QSO di 2m band secara simplex dan di repeater antaranya bersama :
1. 9W2CBE - Repeater Manjung
2. 9W2FZ/M, 9W2KRE, 9W2BZI dan 9W2PTO di Repeater Bukit Bendera, P. Pinang
3. 9W2VEK dan 9W2DNI - simplex V20
4. 9W2DNI - Repeater Ulu Kali.
Sementara uji pancar di 10m band hanya dapat dibuat semasa QSO dengan JA1MSS pada 1 Julai 2011 sekitar jam 11.40 pagi.

:) mungkin ini adalah langkah permulaan untuk memiliki stesen radio dengan audio yang cun sebagaimana stesen 9M2ODY + Voodoo systemnya... Lihat blog beliau http://www.9m2ody.blogspot.com/