Thursday, May 19, 2011

Kongsi Pengalaman di HAM FEST 2011


TAHNIAH kepada penganjur HAM FEST 2011 dan rakan-rakan ham yang telah menjayakan progam tersebut pada 14 dan 15 Mei 20011.

Terima kasih kepada pihak penganjur HAM FEST 2011 di atas undangan kepada saya untuk berkongsi pengalaman berkaitan radio amatur.

"Amateur Radio in School - ARiS" itulah tajuk yang diminta oleh pihak penganjur dan perkongsian pengalaman tersebut telah berlangsungn sekitar jam 5.00 petang, 14 Mei 2011 lalu di Menara Kuala Lumpur.

Perkongsian pengalaman ini saya fokus kepada ARiS di SMK Sungai Besar.
Dalam program tersebut, beberapa rakan ham yang lain turut berkongsi pengalaman antaranya 9M2NP, 9M2QQ dan 9W2LEV di samping tetamu dari ORARI.

:) mendapat cenderahati t-shirt HAMFEST 2011 setelah berjaya menjawab soalan kuiz...


Terima kasih kepada BONAR 9W2CEH yang merakamkan gambar semasa majlis berlangsung... lagi gambar-gambar sekitar HAM FEST 2011 di FB beliau di sini.