Monday, February 21, 2011

Keluarga Anak Serigala...!

Alhamdulillah, pada Ahad 20 Februari 2011, melakar satu lagi sejarah dalam diari pengakap saya apabila saya menerima anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia berupa Pingat Perkhidmatan Baik (PBB) yang disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara di Dewan Utama PPD Hulu Langat, Kajang.

Lebih manis lagi apabila isteri dan anak-anak turut serta memberi sokongan moral dan mengiringi saya ke majlis tersebut lengkap beruniform pengakap termasuklah baby Airyna yang berusia 2 bulan... :)

Sekali berpengakap... terus berpengakap!