Monday, January 17, 2011

SWL Card de OK1-3453

Saya sendiri terkejut bercampur gembira bila menerima SWL Card ini. Terkejut kerana tarikh QSO tersebut pada tahun 2008 sedangkan kad tersebut diterima melalui buro pada 15 Januari 2011 . Gembira pula kerana audio saya QSO bersama Ibrahim 9W2IBR telah didengar oleh seseorang di Republik Czech! Agaknya propagasi open... itulah magic di 10M band... buktinya...SWL Card ni.... hi hi
Ketika itu, 9W2IBR (sekarang 9M2IBR) sedang menguji antena yagi 3 element hombrew dan itulah juga QSO perdana bersama beliau di 10m band.

Jadi, kepada rakan yang memiliki radio HF tapi 'segan' nak TX tu.... anda boleh RX stesen yang QSO di mana-mana band. Seterusnya catatkan callsign stesen tersebut dan dengan stesen mana dia QSO (kalau dapat senaraikan lebih daripada 2 stn lagi baik). Tarikh, masa, Frq/band dan sig rpt jangan lupa dicatatkan sama!. Kemudian, dapatkan QSL info di QRZ.com dan hantar SWL Card anda kepada mereka.... Berkat kesabaran anda menanti pasti berbaloi apabila QSL balasan tiba.

Jadi SWL pun boleh dapat QSL... Selamat mencuba!

Rujuk info tentang QSL Card dan SWL Card di sini.