Thursday, January 13, 2011

Sked QSO with 9W2CEH

SKED QSO bermaksud membuat janji temu untuk QSO stesen radio lain dengan menetapkan tarikh, masa, band dan frekuensi. Ini membolehkan kedua-dua stesen tersebut bersedia pada masa yang dijanjikan untuk bertemu di udara... pelbagai kaedah janji temu boleh dibuat seperti melalui email, laman sosial, telefon dll...

Begitulah kisahnya antara saya dengan BONAR 9W2CEH ni.... Akhirnya setelah beberapa temu janji bertemu di 10m band dibuat melalui Facebook, baru kali ini QSO dengan BONAR 9W2CEH berjaya. QSO tersebut berlaku pada 13 Januari 2011 jam 0930 MST (0130 UTC) di frekuensi 28.400 MHz. Lebih menggembirakan lagi signal report 59 bagi kedua-dua stesen... :)

Working condition 9W2CEH seperti berikut :
Yaesu FT-100, 3 ele Yagi 20 feet + 20 feet, Yaesu G-250 rotator, LDG AT-200Pro

Kesimpulannya, Sked QSO adalah salah satu kaedah untuk bertemu di udara selain daripada membuat panggilan CQ atau respond kepada panggilan CQ oleh stesen lain terutama di HF band.

Jadi, kepada rakan-rakan yang nak SKED QSO, boleh buat janji temu... dan kita jumpa di sana... sana... sana....

semoga berjaya.

73