Friday, November 26, 2010

Up 5

Tentunya bagi rakan yang selalu 'bermain' di HF band pernah mendengar stesen DX memanggi CQ DX diikuti dengan istilah 'Up 5'....ini bermakna stesen DX tersebut dalam Split Frecuency Operation. Kaedah Split Frecuency Operation biasanya digunakan oleh stesen DX sewaktu pile-up iaitu menggunakan frekuensi berlainan untuk RX dan TX. Stesen DX akan memaklumkan di mana frekeunsi monitoring, berapa KHz split frecuency (biasanya 5 KHz - 10 KHz) dan sama ada Up atau Down.

Contohnya, baru-baru ini saya ada monitor stesen DX dari Zimbabwe Z24EA memanggil CQ DX di 28.480 Mhz Up 5. Ini bermakna stesen DX tersebut akan monitor/RX di 28.485 Mhz dan memancar/TX di 28.480 MHz. Jika kita hendak bekerja dengan stesen DX tersebut, kita kenalah set radio kita supaya RX di 28.480 MHz dan TX di 28.485 MHz.

Bagi rig Yaesu FT897D seperti yang saya gunakan... hi hi, langkah untuk mengaktifkan Split Frecuency Operation seperti berikut: {Rujuk Manual FT897D m/s 40}
1. Set VFO-A kepada Frekuensi monitor/RX stesen DX = 28.485 MHz
2. Tekan punat [F] sekali dan putar tombol MEM/VFO CH sehingga Multi Function Row "a" [A/B,A=B,SPL] dipaparkan di skrin.
3. Tekan punat [A](A/B) sekali untuk VFO-B
4. Setkan VFO-B kepada Frekuensi memancar/TX stesen DX = 28.480 MHz
5. Tekan punat [C](SPL) sekali. Petunjuk "SPL" akan dipaparkan di skrin. Sekarang fungsi Split Frecuency Operation rig anda telah aktif... iaitu rig anda akan TX menggunakan frekuensi VFO-A dan RX menggunakan frekuensi VFO-B.
6. Tekan punat [C](SPL) sekali lagi untuk mematikan fungsi Split Frecuency Operation tersebut.

Nota : langkah di atas berbeza mengikut model rig HF anda...

Untuk memahami lebih lanjut tentang Split Frecuency Operation sila rujuk :
atau

p/s.
Terima kasih Hairie 9M2GET atas penerangan tentang Split Frecuency Operation kepada saya semalam 25 nov 2010.