Wednesday, March 10, 2010

Cabaran DX QSO thru Echolink

Echolink - satu teknologi komunikasi yang menggabungkan internet dan gelombang radio. Ini membolehkan QSO antara stesen radio amatur berhubung sama ada melalui komputer ke komputer atau komputer ke radio  atau radio ke radio (melalui interface dan link ke/dari komputer berinternet).

Untuk itu, perisian Echolink perlu didownload dan install ke komputer anda selain perlu mendaftar kepada penyedia perkhidmatan Echolink dengan menghantar bukti (AA) sebagai operator radio amatur yang sah. Maklumat lanjut tentang Echolink sila ke link berikut : http://www.echolink.org/

Ada rakan ham berpendapat, QSO melalui echolink ini tidak mencabar kerana senang untuk menghubungi mana-mana stesen lain yang online... Pendapat tersebut memang ada kebenarannya terutama stesen komputer ke komputer (stesen individu).

Bagi saya, cabaran dalam QSO melalui Echolink ini dapat dirasai apabila kita menghubungi (connecting) stesen repeater atau link. Walaupun kita berjaya akses ke stesen repaeter atau links, belum tentu panggilan kita akan berbalas.... situasi ini boleh disamakan seperti kita membuat membuat panggilan CQ di HF!

Berdasarkan pengalaman saya bekerja melalui Echolink, antara faktor panggilan kita tidak dijawab ialah masalah bahasa.... terutamanya negara-negara yang bahasa ibundanya selain bahasa Inggeris. Namun, itulah cabarannya...

Berikut antara stesen yang telah saya QSO melalui Echolink ;
1. V88APJ via V84RPG-R 147.825 (Brunei)
2. UA3IGF via UA3IBK-R 145.700 (Russia)
3. U6QBX via UN9GDE-L 145.075 (Kazaktan)
4. BI7IHO via BH7NTM-R (China)
5. LZ1VPT/M via LZ0VHF-R 145.750 (Bulgaria)
6. EI8GAB via EI2TAG-R 145.725 (Ireland)
7. LA5LDA via LA9YRR-R 145.600 (Norway)
8. SQ6ACM/M via SR6A-R 145.6875 (Poland)
9. UR0VK via UR0RS-L 145.375 (Ukrine)
10. VE6ACO via VE6ROT-R 146.790 (Canada)
11. AE4CL via K4SER-R 146.410 (USA)
12. JA6NKA via JA6WR-L 430.700 (Japan)
13. 9W2XXP via 9W2XXP-L 144.7125 (Kelantan, Malaysia)
14. OE3RLC via OE4XUB-R 145.775 (Austria)
15. I8GMG via I8GMG-L 145.2125 (Italy) - Tnx QSL

Rasailah sendiri pengalaman dan cabaran DX QSO melalui Echolink... Ada berani?!!!