Monday, September 28, 2009

9W2RZL... akhirnya dapat juga QSO!



Akhirnya dapat juga QSO dengan Rizal 9W2RZL pada 2 September 2009 lalu di QRG 28.490 Mhz RST 4/5. QSL Card tersebut saya terima pada 18 September lalu.

Sebenarnya, sejak saya mula aktif di 10m Band sekitar awal 2008, beberapa kali percubaan untuk QSO dengan 9W2RZL telah dilakukan tetapi tidak berjaya.
Rizal 9W2RZL merupakan antara pelopor di 10m band ini dalam kalangan pemegang AA Kelas B (9W). Beliau aktif membuat panggilan CQ DX terutama di frekuansi 28.490Mhz. Setakat ini, beliau telah bekerja dengan 45 DXCC. Lihat  http://www.9w2rzl.blogspot.com/

Bagi diri saya, pengalaman pertama QSO di 10M semasa WPX Contest 2008. Tambah menyeronokkan apabila saya dan dapat bekerja 6 stesen. Setakat ini saya sudah bekerja dengan 15 DXCC.

Adalah menjadi harapan saya agar lebih ramai rakan radio amatur di Malaysia ini bergiat di 10m band untuk merasai sendiri QSO dan DXing.

Jumpa anda di 10m band..... 73


Tuesday, September 15, 2009

Poskad KD Tunku Abdul Rahman


Poskad ini saya terima daripada Charlie Dale, salah seorang ahli Postcrossing di Kota Kinabalu, Sabah. Patutlah sebelum ini Charlie Dale beriya benar minta alamat terkini saya, rupa-rupanya dia nak hantar poskad kapal selam Malaysia pertama yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman. Poskad tersebut selamat saya terima pada 11 September lalu. Jadi, poskad ini tentunya menjadi koleksi yang istimewa kerana ia adalah keluaran khas dan bilangan kad yang terhad.

Maklumat lanjut tentang Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman ini boleh didapati di:
Portal Kementerian Pertahanan Malysia
Wikipedia Bahasa Melayu
Kongsiblog.org

Blog postrossing saya di www.whoshypostcrossing.blogspot.com

Thursday, September 03, 2009

Sekitar Majlis Berbuka Puasa KLKM UPM 2009


Alhamdulillah, saya dan famili berkesempatan hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Putra Malaysia (KLKM UPM) pada 30 Ogos 2009 lalu. Walaupun yang hadir seramai 25 orang, namun suasana majlis tetap ceria lebih-lebih lagi dengan kehadiran Otai @ Alumni KLKM UPM antaranya...

Hussairy 1994-1997 bersama keluarga
Azman 1997-2001 bersama keluarga
Hafiz @ Gundal 2001-2004
Syafiq 2002-2005
Khairul Nizam 2003-2007
Fazli 2004-2007
Asril 2004-2007
Nizam 2004-2007
Rozilee 2005-2009

Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi tahun depan dengan kehadiran lebih ramai lagi ahli dan alumni KLKM UPM...

"Kelanasisawa Peneroka Perubahan"



Tuesday, September 01, 2009

KOLEKSI QSL CARD 10M Terkini...



Ini adalah QSL Card terkini yang saya terima dalam Koleksi QSL Card 10M Band. Terima kasih Alias 9M2YAS (Ex-9W2YEH) di atas kiriman QSL Card anda. Saya terima pada 29 Ogos lalu.

Pada hari tersebut 10M Open untuk local QSO. Berikut senarai stesen yang dapat dihubungi/QSO :

1. 9W2LI : Signal 59, Freq 28.495 SSB, 14 JAN 2009 : 0937 UTC
2. 9W2YEH (Now 9M2YAS) : Signal 59, Freq 28.490 SSB, 14 JAN 2009 : 0920 UTC
3. 9W2DI : Signal 59, Freq 28.495 SSB, 14 JAN 2009 : 0905 UTC
4. 9W2AIK : Signal 45, Freq 28.505 SSB, 14 JAN 2009 : 0830 UTC
5. 9W2TZ : Signal 59, Freq 28.505 SSB, 14 JAN 2009 : 0817 UTC
6. 9W6SUE (Now 9M6BOB): Signal 58, Freq 28.490 SSB, 14 JAN 2009 : 0816 UTC


Koleksi QSL Card yang lain di web blog berikut : http://qslcard9w2vvh.blogspot.com/