Showing posts with label SWL Card(s). Show all posts
Showing posts with label SWL Card(s). Show all posts

Tuesday, June 05, 2012

SWL QSL Card De OM3-0234 Slovakia

Baru je sembang pasal SWL QSL Card dengan Raja 9W2DNI di FB Chat... tengok-tengok dalam mail box... ada lak SWL QSL Card dari Daras OM3-0234 baru berusia 11 tahun...


Wah, bagus tu... baru 11 tahun dah berjinak sebagai SWL di HF band... Mengikut kad tersebut, dia monitor saya QSO dengan 7Z1SJ pada 25 Mac lalu dengan rpt 59.

Jadi, bagi rakan-rakan yang dah ada HF rig tu.... jadi SWL pun ok juga.... pun boleh dapat QSL kad... janji hantar report QSO stesen yang dimonitor dan dengan siapa dia bekerja... tulis tarikh, masa, frekuansi/band dan signal report... dah pos... tunggu la dlm 2 minggu atau lebih untuk QSL balasan... selamat mencuba....

Monday, January 17, 2011

SWL Card de OK1-3453

Saya sendiri terkejut bercampur gembira bila menerima SWL Card ini. Terkejut kerana tarikh QSO tersebut pada tahun 2008 sedangkan kad tersebut diterima melalui buro pada 15 Januari 2011 . Gembira pula kerana audio saya QSO bersama Ibrahim 9W2IBR telah didengar oleh seseorang di Republik Czech! Agaknya propagasi open... itulah magic di 10M band... buktinya...SWL Card ni.... hi hi
Ketika itu, 9W2IBR (sekarang 9M2IBR) sedang menguji antena yagi 3 element hombrew dan itulah juga QSO perdana bersama beliau di 10m band.

Jadi, kepada rakan yang memiliki radio HF tapi 'segan' nak TX tu.... anda boleh RX stesen yang QSO di mana-mana band. Seterusnya catatkan callsign stesen tersebut dan dengan stesen mana dia QSO (kalau dapat senaraikan lebih daripada 2 stn lagi baik). Tarikh, masa, Frq/band dan sig rpt jangan lupa dicatatkan sama!. Kemudian, dapatkan QSL info di QRZ.com dan hantar SWL Card anda kepada mereka.... Berkat kesabaran anda menanti pasti berbaloi apabila QSL balasan tiba.

Jadi SWL pun boleh dapat QSL... Selamat mencuba!

Rujuk info tentang QSL Card dan SWL Card di sini.