Wednesday, July 13, 2005

Rentetan Perjalanan Radio Amatur Saya ...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya mengenali RADIO AMATUR ini melalui aktiviti pengakap : JAMBOREE ON THE AIR - JOTA - pada tahun 1994. Ketika itu, stesen JOTA menggunakan callsign 9M2DS. Dari situlah saya mengenali Pak Dollah - banyak memberi input tentang hobi ini. Terima kasih Pak Dollah 9M2DS. (9M2DS telah kembali ke Rahmatullah pada 28 Ogos 2008 - al-Fatihah)

Sebenarnya, saya mula berpengakap sejak darjah 4 lagi di SK Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Peringkat Muda dan Remaja, Saya menyertai Kumpulan Ke-26 Kuala Pilah : Sekolah Men. Sains Tuanku Jaafar dari tahun 1986 - 1990. 1992- 1993, saya aktif bersama Pengakap Kelana Tanjung Karang yang berpusat di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang, Selangor. Dari Tahun 1993 - 1997, saya berkecimpung dalam Kumpulan Latihan Kenalasiswa Malaysia, Universiti Putra Malaysia ( KLKM UPM ).

Ketika saya bertugas di Sabah mulai JUN 1997, saya turut melibatkan diri dalam pengakap. Bermula dengan menjadi pemimpin kumpulan 02 Penampang di SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah, sehinggalah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Daerah Penampang - Unit Kelana. Saya dapati, Ibu Pejabat Pengakap Sabah juga aktif dalam radio amatur ini. Dalam setiap aktiviti seperti perkhemahan, sistem komunikasi radio amatur dimanfaatkan sepenuhnya. Dari situlah minat saya terhadap radio amatur semakin meningkat.

Penghujung tahun 1997, Bersama-sama beberapa rakan pengakap, saya telah mengambil Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ). Keputusannya, saya GAGAL. Saya mengambil RAE buat kali kedua pada 1998 dan kali ini saya LULUS. Saya memilih "9W6VH" sebagai isyarat panggilan ( Callsign ) saya. Set Radio pertama saya adalah Handy ICOM IC-T2A dan Mobile Rig ICOM IC-207H dan base antenna pertama saya antenna Homebrew Vertical Quarter Wave oleh Sufian Khalid 9W6BP (Silent Key pada Jun 2004 - al-Fatihah).

Stesen pertama yang saya hubungi di udara melalui repeater 9M6RGK di Freq 147.900 MHz ialah Gofrey 9M6GY - ketika itu sedang membuat ujian dan penyelenggaraan repeater tersebut di Layang-layang, Gunung Kinabalu pada paras ketinggian 7000 kaki dari paras laut.

Sepanjang penglibatan saya dalam Radio Amatur di Sabah, saya selalu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukarela dan memberi bantuan komunikasi kepada pelbagai pihak dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Antara yang meninggalkan kenangan manis ialah terlibat dalam Mt. Kinabalu International Climbathon sejak 1997 hingga 2003. International Mountain Run di Taman Negara Kinabalu, International Mountain Bike di Kg. Kiau, Sabah Eco Challance dan Kiulu 4M Challance. Selain itu, saya juga pernah menjadi Net Control untuk SARS 2 Metre Net pada setiap hari selasa QTR 2100hrs. Semua ini memberikan pengalaman yang sangat berharga dan manis dikenang.
Dalam pergerakan pengakap. Saya diberi kepercayaan untuk menyelaraskan aktiviti JOTA di daerah Penampang dari tahun 1999 hingga 2003. Terima kasih kepada Sabah Amateur Radio Society ( SARS ) dan Borneo Amateur Radio Club ( BARC ) dan Kelab Radio Amatur Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah serta rakan Radio Amatur seperti Datuk Ag. Zainie 9M6MZ, Pak Hassan Abing 9M6MA, Gofrey 9M6GY, Lawrance 9M6LK, James 9M6TW, Asim 9W6AA, Yaakob 9W6WY, Mujeb 9W6EB, Pagiran Sakumil 9W6PT, Tipun Masalon 9W6TM, Cliffman 9W6VV, Ramlin 9W6PE, Hydriss 9W6HI, Hasni 9W6HJ dan ramai lagi yang telah membantu dalam menjayakan aktiviti JOTA di Daerah Penampang.
Semasa di Sarawak, saya berkenalan dengan 9M8SL, 9W8ABC dan 9W8EA semasa mereka mengendalikan Stesen 9M8J, special callsign sempena Jamboree Pengakap BIMP-EAGA 2000 di Kota Samarahan, Kuching. Saya dan XYL juga pernah berkunjung ke Home Base 9M8DB di Miri pada 12 Oktober 2003.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan ham dari V8 land... Negara Brunei Darussalam yang selalu QSO di udara melalui repeater di Gunung Kinabalu dan yang berkesempatan untuk eyeball antaranya V8MZI, V8AWI, V85MH, V85BA, V85SK, V8AML, V8MHV, V8MJK, V8MPM, V8MTS, V8APJ, V8MTK, V8AOS, V8MMN, V8MLL, V8MFZ, V8MCD ... (Sekadar menyenaraikan beberapa stesen....). Buat rakan-rakan ham Pengakap Negara Brunei, Kenangan di Jamboree Negara Brunei Ke-3 di Kampong Parit tetap menjadi ingatan kerana di situlah bermulanya "pandang-pandang dan jeling-jeling" dengan XYL.
Mulai 1 JULAI 2004, saya secara rasmi melapor diri bertugas di SMK Sungai Besar, Selangor. Sehingga kini, hobi radio amatur masih seiring dengan rutin kehidupan saya. Kini saya menggunakan callsign 9W2VVH.
Di Sungai Besar, pada sangkaan saya ketika itu, hanya saya dan XYL yang mempunyai callsign.... namum jangkaan saya meleset apabila 9W2LIM memberitahu bahawa terdapat satu lagi stesen ham di Sungai Besar iaitu Romzie 9W2TZE. setelah dua minggu mencari... akhirnya 9W2TZE dapat dikesan dan terus eyeball malam itu juga... Saya kira adalah menjadi sejarah kerana dengan semangat ham yang ada, kami (9W2VVH, 9W2VVQ dan 9W2TZE) buat julung-julung kalinya berjaya membawa 7 rakan untuk menduduki RAE pada tahun november 2004. Sebagai persediaan menghadapi RAE, kami mengadakan Kelas Persediaan RAE. Jurulatih kami datangkan khas dari KL iaitu Pak Idris 9M2GL (Arwah, al-Fatihah) dan Pak Aziz 9M2AU dibantu oleh Hasni 9W2ABC (sekarang 9M2ABC) dan Haza 9W2HZA. 4 calon RAE Sungai Besar berjaya dalam RAE tersebut iaitu Zainal (9W2ZMC), Bob (9W2GEN), Ali (9W2AMJ) dan Ah Seong (9W2LCS).
Kini, usaha memperkenalkan radio amatur di kalangan masyarakat giat saya jalankan antara melalui kegiatan pengakap dengan Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar 9M4CSB seperti mengadakan pameran dan demo radio amatur semasa Hari Kokurikulum, Hari Keusahawanan, Perkhemahan dan di mana-mana ruang dan kesempatan yang ada.
Terima kasih kerana melawat laman web saya.

Salam 73

de

HUSSAIRY 9W2VVH

Wednesday, July 06, 2005

Sepuluh Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Radio Amatur

1. Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

2. Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


3. Apakah yang boleh saya lakukan
dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?


4. Saya sentiasa sibuk. Adakah saya
masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


5. Apakah perbelanjaan yang
diperlukan bagi hobi ini?


Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.

Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.


6. Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”)


7. Bagaimana saya boleh menjadi
seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

- Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


8. Siapakah yang mengeluarkan
Sijil Perakuan itu?


Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.
.

9. Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


10. Apakah yang boleh saya pelajari
sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

Abjad Sebutan
A - Alfa
B - Bravo
C - Charlie
D - Delta
E - Echo
F - Foxtrot
G - Golf
H - Hotel
I - India
J - Juliett
K - Kilo
L - Lima
M - Mike
N - November
O - Oscar
P - Papa
Q - Quebec
R - Romeo
S - Sierra
T - Tango
U - Uniform
V - Victor
W - Whiskey
X - X-ray
Y - Yankee
Z - Zulu

The Q Code used by Amateurs
QRL - Frequency in use/buzy
QRM - Interference from other station
QRN - Interference from static/electrical equipment
QRO - High power
QRP - Low power
QRS - Send more slowly
QRT - Closing down
QRU - That’s all from me
QRX - Standby
QRZ - Who is calling me
QSL - Confirmation of info/QSL card
QSO - Contact between stations
QSY - Change frequency
QTH - Location


73 bermaksud Salam Mesra
– Apabila Operator Radio Amatur selesai berintraksi melalui radio, Operator lelaki akan menyebut 73 kepada Operator lelaki melalui peranti dengan suara atau menggunakan kod morse.

88 bermaksud Ciuman Mesra
Ditujukan hanya untuk Operator Wanita sahaja. Hi hi….

Sumber : Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia --> www.mcmc.gov.my

Disediakan oleh : Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH

QSL Info :
No. 36 Jalan PP 2/3 Taman Padu Permai,
45300 Sungai Besar, Selangor
HP : 019-2585759